Gesaan Pilihan Raya Mengejut Bukti DAP Dominan Di Selangor

kitAIDCNews – 22/9/16 –Gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pilihan raya mengejut membuktikan dominan parti itu di Selangor hampir sama dengan Pulau Pinang dan persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekadar alasan untuk parti itu kembali berkuasa.

“DAP hanya mahu kuasai Kerajaan Negeri Selangor. Persempadanan hanya alasan.

“Kekuatan BN tak cukup untuk menang. Ini lebih pada perancangan menghapuskan pengaruh PAS dalam Pakatan yang lebih bahaya dari BN yang hanya berada di luar Pakatan.

“DAP sudah letak PAN sebagai cawangan Melayu mereka,” ulas RK.

Semalam, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menegaskan partinya tidak gentar jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya mengejut itu, malah yakin partinya kekal menang, meskipun tanpa sokongan PAS.

Pua juga turut meramalkan jika pilihan raya dilakukan selepas persempadanan semula diluluskan, Pakatan Harapan berisko kehilangan tujuh kerusi DUN iaitu Sabak (Sallehen Bin Mukhyi-PAN), Hulu Kelang (Saari Bin Sungib-PAS/PAN), Sementa (Daroyah Binti Alwi-PKR), Selat Kelang (Dr Halimah Ali-PAS), Pelabuhan Kelang (Tan Sri Khalid Ibrahim-PKR/Bebas), Sijangkang (Ahmad Yunus Hairi-PAS) and Morib (Hasnul Bin Baharuddin-PAS/PAN).

Ketujuh-tujuh kerusi DUN yang dinamakan DAP itu majoritinya adalah milik PAS.

Pada Oktober tahun lalu Pua berkata DAP berminat untuk bertanding di lapan kerusi milik PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Lapan kerusi yang diminati DAP adalah Taman Templer (Mohd Zaidy Abdul Talib), Lembah Jaya (Khasim Bin Abdul Aziz), Paya Jeras (Mohd Khairuddin Bin Othman), Sri Serdang (Noor Hanim Binti Ismail), Meru (Abd Rani Bin Osman), Cempaka (Iskandar Abdul Samad), Dusun Tua (Razaly Bin Hassan) dan Tanjung Sepat (Mohd Haslin Bin Hassan).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), DAP memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang kesemuanya kawasan majoriti pengundi Cina.

15 DUN itu adalah; Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv a/l Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau a/l Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).

One thought on “Gesaan Pilihan Raya Mengejut Bukti DAP Dominan Di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s