Naib Presiden PKR Keluar Parti

AIDCNews – 22/9/16 –Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking membuat kejutan dengan mengambil keputusan keluar parti untuk menyertai parti baharu yang bakal diketuai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal.

“Saya telah meninggalkan PKR baru-baru ini, tetapi tidak mengumumkannya kerana saya tidak suka menghebohkan hal tersebut.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan memberi sebab berbuat demikian.

“Beliau menghormati keputusan ini,” kata Leking kepada The Star.

leikingDalam surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Leiking yang juga Ketua Cabang PKR Penampang mengakui sejak pemenjaraan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Sungai Buloh pada Februari 2015 telah merencatkan parti khususnya di Sabah.

Leiking menyebut PKR Sabah kini telah mengalami kepincangan teruk kerana dirosakkan secara sistematik oleh Barisan Nasional (BN).

Mengulas kandungan surat Leiking itu, ahli PKR yang dipecat keahlian parti Badrul Hisham Shaharin berkata peranan Shafie bukan sahaja merosakkan BN tetapi turut berusaha memusnahkan PKR juga.

“Ingat tak status cheGuBard pasal jangan bangga sangat meraikan Shafie Afdal yang korup keluar BN konon akan jatuhkan BN…

“Sebab isunya tetap bagaimana RM memainkan peranan.. belum UMNO ikut, dia sudah sasarkan YB pembangkang… dia pecahkan BN sikit tetapi pembangkang yang akan ada kesan besar…

“Sepatutnya biarkan dia lawan Najib sendiri.. kita kukuhkan parti dan tapak sokongan… malangnya kita tenggelan dan ghairah.. ingat pesan orang tua…menang sorak kampung tergadai…,” katanya dalam Facebook hari ini.

The Star melaporkan selain Leiking, seorang lagi ADUN PKR yang bakal mengumumkan keluar parti adalah ADUN Moyog, Terrence Siambun.

Siambun dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada parti.

Ketika dihubungi The Star, Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.

Pada 4 Ogos lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu kepada media bahawa Leiking telah diberi amaran oleh parti kerana menghina institusi Kesultanan Melayu dan telah diberi peringatan supaya tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu lagi.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun, menyerahkan kepada pihak polis berkaitan isu Leiking menghina Sultan Selangor.

“Perkara ini sedang disiasat oleh polis, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat,”kata Azmin.

Pada 7 Julai lalu, Leiking telah memuat naik status di akaun Facebook beliau yang mempertikai khutbah dikeluarkan JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai 2016.

Kandungan khutbah itu antara lainnya telah memuji usaha memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.

‘Kelihatan Selangor seperti ditadbir oleh ekstremis Islam’ (it is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor),”kata Darell dalam Facebooknya.

Advertisements

2 thoughts on “Naib Presiden PKR Keluar Parti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s