PAS Bersedia Pilihan Raya Mengejut, Mahu Bertanding 45 kerusi Di Selangor – Iskandar Samad

SHAH ALAM: PAS sedia bertanding di 45 kerusi jika kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut, sepertimana yang dicadangkan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya jentera parti berada dalam keadaan siap siaga jika DUN Selangor dibubarkan dalam masa terdekat.

“Kami bersedia untuk 45 kerusi dan jika diperlukan bertanding, kami akan bertanding.

“PAS ada organisasi di semua kawasan Parlimen di Selangor. Setiap kawasan ada jentera pilihan raya yang digerakkan,” katanya dalam aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Beliau yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan DAP Selangor pagi tadi yang menggesa kerajaan negeri melaksanakan pilihan raya lebih awal, iaitu sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula.

Bagaimanapun, PAS Selangor bersetuju dengan pegangan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa tiada keperluan untuk pilihan raya mengejut diadakan.

“Kami tidak boleh mengkhianati mandat rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) sesuka hati,” kata beliau.

Tambahnya, setakat ini PAS Selangor masih belum menerima apa-apa arahan daripada PAS Pusat berhubung isu berkenaan.

Pagi tadi, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencadangkan bahawa pilihan raya awal merupakan jalan terbaik untuk mempertahankan Selangor daripada persempadanan semula yang didakwa bakal memenangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

Menurut Pua, cadangan itu dibuat berdasarkan jangkaan hasil analisis DAP Selangor yang menganggarkan tujuh kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.

Malah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata tidak timbul isu mandat rakyat belum tamat.

Sebelum Pua, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menggesa pilihan raya awal diadakan berikutan khuatir cadangan oleh SPR mengubah peta pengundi di beberapa kawasan DUN dan Parlimen negeri itu –AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s