Sudahkah Darell Leiking Bayar RM5 Juta Kerana Lompat Parti ?

penampangAIDCNews – 22/9/16 –Sudahkah Ahli Parlimen PKR Penampang Darell Leiking membayar RM5 juta kepada parti kerana mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti baharu yang bakal diketuai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal.

Pertanyaan itu dibuat oleh beberapa bekas aktivis PKR berdasarkan polisi yang dibuat PKR yang telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.

“PKR pada 19 April 2013 telah membuat kenyataan dan pengisytiharan melalui Timbalan Setiausaha Agungnya ketika itu bahawa mana-mana calon PKR yang tarik diri di saat-saat akhir atau menang melalui PRU ke-13 lalu dikehendaki membayar RM5 juta kepada PKR … kesemua calon PKR kena tanda tangani suatu Akujanji.

“Nah!!! Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking telah letak jawatan dan keluar PKR untuk sertai parti yang ditubuhkan Shafie Apdal adakah PKR sudah tuntut janji RM5 juta darinya????

“Yang kena pecat tidak termasuk dalam Akujanji ini.

“Rakyat amnya dan anggota, penyokong dan pendokong PKR khas perlu diberitahu akan hal ini,” kata Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya hari ini.

Hanisya yang juga dikenali sebagai blogger Omak Kau berkata demikian merujuk kepada laporan Malaysiakini sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyebut PKR telah membuat polisi baharu bagi membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas Pilihan Raya Umum 2008 berulang kembali.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong dilaporkan berkata selepas menerima surat pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, mereka perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti.

“(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji,” kata Steven Choong.

“Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik,” katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di negeri itu.

Mengulas isu sama, ahli PKR yang dipecat keahlian parti Badrul Hisham Shaharin bertanya adakah dalam kes Leiking itu peraturan yang pernah dibuat parti sekadar retorik semata-mata..

“Siapa ingat… PKR bagitau pengundi jangan risau pasal lompat parti sebab siapa calon PKR yang menang lompat parti akan kena bayar RM5juta…

“Hari ini lompat sorang lagi… sejak PRU 13 sampai sekarang berapa juta dah PKR kutip ?

“Ke janji masa tu (sahaja) hanya untuk halwa telinga je ?,” soalnya.

Selanjutnya, baca “Naib Presiden PKR Keluar Parti

shafie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s