BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS & Ikatan

Watan-Online – Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) akan mengumumkan untuk menyertai pembangkang blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) malam Khamis.

Keputusan itu dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dan akan diumumkan secara rasmi di hadapan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan serta Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Penyertaan Berjasa itu menjadikan parti politik di Malaysia kini mempunyai tiga blok iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.

Sudah tentu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bertambah meriah dengan kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PPBM yang sebelum ini dipanggil Parti Bersatu memilih untuk bergabung dengan PH iaitu bersengkokol bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden Parti BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut (tengah) berganding bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (kiri) dan Setiausaha Agung Parti Ikatan, Tengku Muzafar Tengku Zaid (kanan) semasa sidang media di Sierra One, Selayang
Presiden Parti BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut (tengah) berganding bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (kiri) dan Setiausaha Agung Parti Ikatan, Tengku Muzafar Tengku Zaid (kanan) semasa sidang media di Sierra One, Selayang

Menurut Mustapa Kamal, penyertaan Berjasa bersama PAS dan Ikatan telah menjawab segala teka-teki sebelum ini kenapa ada beberapa pertemuan antara wakil Berjasa dengan PAS.

Katanya, Berjasa telah mempertimbangkan untuk mengambil bahagian pada PRU14 ini dan mengintai lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yann diyakini dimenangi parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau belum berbincang dengan rakan gabungannya, Pas dan Ikatan mengenai kerusi pilihan raya itu, tetapi akan mengemukakan hasrat itu dalam pertemuan terdekat ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s