Pendaftaran Keahlian Baharu PERKASA Semakin Merudum Mutakhir Ini

AIDCNews – 23/9/16 –Pendaftaran keahlian baharu Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) sejak tiga bulan yang lalu semakin mendukacitakan, kata Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hassan Syed Ali.

“Pendaftaran keahlian ahli baharu bagi tiga bulan terakhir amat mendukacitakan dan semua pihak termasuk Ahli Dewan Tertinggi (ADT) perlu agresif tidak mengharapkan pihak negeri sahaja,”katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Pribumi Perkasa Parlimen Jelutong semalam.

Selain masalah keahlian baharu, mesyuarat ADT PERKASA Malaysia turut membuat keputusan berkenaan penyertaan ahli-ahlinya ke dalam parti politik.

“Semua ahli dan kepimpinan PERKASA dibebas (hak asasi) menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak dibenarkan sama sekali menggunakan platform PERKASA untuk berkempen, menggerakkan atau apa-apa sahaja bagi tujuan/kepentingan mana-mana parti politik.

“Pemimpin semua peringkat boleh memegang jawatan dalam mana-mana parti politik, tetapi sekiranya mereka lebih mengutamakan parti sehingga mengabainya atau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin PERKASA maka mereka diminta meletak jawatan secara sukarela atau Presiden bersama Ahli Dewan Tertinggi boleh menggantikan pemimpin tersebut bagi memastikan PERKASA bergerak aktif di semua peringkat,” lapor Syed Hassan lagi.

Kenyataan Syed Hassan itu dibidas oleh Ahmad Baharuddin yang meminta beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PERKASA dan bergiat aktif dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya cadangkan supaya SUA sekarang menyerahkan jawatan SUA kepada ADT lain memandangkan tanggung jawab dan tugas SUA terhadap kelab Chedet dan parti baru PPBM lebih diperlukan.

“Cari lah SUA yang boleh menumpukan hanya untuk PERKASA supaya kepercayaan ahli kepada PERKASA lebih diyakini.

“InsyaAllah jika ada perubahan di peringkat tertinggi, PERKASA Melaka akan digerakan semula seperti sebelumnya.

“Yang penting PERKASA Pusat tidak menjadi kuda tunggangan Pembangkang sebaliknya membantu Kerajaan meninggikan taraf hidup orang Melayu dan meletakan orang Melayu sesuai mengikut perlembagaan negara,”katanya.

Pada Ahad lalu, Biswardi Hasbi mendedahkan PERKASA kini menjadi platform untuk mencari keahlian baharu PPBM.

perkasa1“Hebat PERKASA sekarang ni. Sambil menyelam minum air. Sambil buat program, sambil cari ahli PPBM,”katanya dalam Twitter.

Pada 14 September lalu, empat orang pimpinan tertinggi PERKASA telah menyertai PPBM iaitu Zahid Mat Arip (ADT Pusat), Marzuki Yahya Akie Yahya (Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang), Mejar Anuar Abdul Hamid (Pengerusi PERKASA Merbok) dan Abu Bakar Yahya (Yang Dipertua PERKASA Selangor).
empat-perkasa

“Para pemimpin PERKASA yang menyertai BERSATU hari ini,”kata Setiuasaha Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Dr Muhammad Faiz Na’aman dalam Facebooknya.

herman

One thought on “Pendaftaran Keahlian Baharu PERKASA Semakin Merudum Mutakhir Ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s