Sedia Bertanding 45 Kerusi : PAS Selangor Hantar Isyarat Tidak Mahu Jadi Kuda Tunggangan DAP ?

RoketKona – Nampaknya PAS mula menghantar isyarat bahawa parti itu tidak lagi mahu dilihat sebagai ‘kuda tunggang’ kepada PKR dan DAP dalam kerajaan Selangor apabila menawarkan diri untuk bertanding di 45 kerusi Dun di negeri itu, seandainya pilihan raya diadakan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, membayangkan bahawa partinya telah bersiap sedia untuk bertanding di lebih dua pertiga daripada kerusi Dun negeri itu, menggambarkan kesediaan partinya untuk menguasai pentadbiran kerajaan Selangor.

Malah tidak mustahil seandainya Pas mampu memenangi lebih banyak kerusi Dun, parti itu akan bergerak sendirian tanpa lagi dibayangi oleh pengaruh DAP dan PKR, selain mampu mengekang pengaruh Parti Amanah Negara (PAN) di Selangor.

Kesudiaan Pas bertanding di lebih banyak kerusi juga dilihat sebagai petanda bahawa Pas kini bersedia untuk menerajui kerajaan Selangor dan selain turut mengejar jawatan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun, keputusan Pas untuk bertanding di 45 kerusi Dun itu dianggap sebagai mustahil memandangkan cadangan tersebut pasti dibantah DAP dan PKR demi menjaga kepentingan politik masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s