Shafie Mahu Ambil Alih Tempat Lajim Sebagai Ketua Pembangkang

lajim-afdalAIDCNews – 23/9/16 –Meskipun parti baharu pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal belum lagi diluluskan pendaftar pertubuhan (ROS), namun bekas Naib Presiden UMNO itu sudah menunjukkan minat untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Sabah yang sebelum ini disandang oleh Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Buat masa sekarang, Shafie dilaporkan telah membentuk barisan pembangkang baharu yang dijangka akan bekerjasama dengan Gabungan Perikatan Sabah (USA), yang terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (Star) yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Parti Cinta Sabah yang diketuai oleh Datuk Wilfred Bumburing dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee.

Tujuh Parti Tolak Pakatan Harapan, Bentuk Gabungan Pembangkang Baharu

Pembentukan barisan pembangkang baharu itu merupakan cabaran kepada pakatan pembangkang yang sedia ada iaitu Pakatan Harapan pimpinan Lajim yang menggabungkan PKR, DAP dan PAN.

Menurut sumber, Shafie akan mengambil alih parti Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan) yang berdaftar pada 2013 dan akan diubah suai berdasarkan inisiatif terbaharunya.

Setakat semalam, Shafie telah berjaya menarik Naib Presiden PKR Darell Leiking keluar daripada Parti Keadilan, di mana Ahli Parlimen Penampang itu dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada PKR.

Menurut sumber, ADUN PKR Moyog, Terence Siambun juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ironinya, walaupun langkah mereka ini boleh memperkukuhkan pembangkang di negeri ini, ia juga akan menyaksikan perpecahan pembangkang yang mencatatkan rekod baik di Sabah pada tahun 2013 dengan memenangi 11 daripada 60 kerusi negeri (tujuh PKR dan empat DAP) dan tiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah.

PKR setakat ini telah hilang tiga kerusi iaitu di Kadamaian, Tamparuli dan Matunggong daripada tujuh kerusi yang dimenangi oleh ahli yang berpaling tadah.

DAP kehilangan Adun Luyang, Hiew King Cheu yang tewas kepada MCA manakala Adun tunggal Kadazandusun Dr Edwin Bosie (Kapayan) juga dikatakan mempertimbangkan langkah keluar parti.

Pengerusi PKR Sabah Lajim Ukin, ketika dihubungi enggan mengulas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s