Sokong Ketegasan Presiden PAS Tidak Mahu Kerjasama Semula Dengan DAP & Sekutunya – Nik Abduh

AIDCNews – 23/9/16 – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyokong pendirian Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan tidak akan bekerjsama semula dengan DAP dan parti-parti yang bersamanya.

Nik Abduh berkata dengan kemunculan blok baharu Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS dan Parti Ikatan dengan sokongan NGO-NGO Islam menandakan era PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sudah tamat dan permulaan era baharu Parti Islam yang lebih diterima rakyat

“Gagasan Sejahtera wujud selepas kegagalan dan pecahnya Pakatan Rakyat. Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam Pakatan Rakyat.

“Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” katanya kepada Harakahdaily.

Jelas Nik Abduh, walaupun PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat menemui titik persamaan menentang Barisan Nasional (BN) dari segi politik dan ekonomi, namun kedua-dua parti itu menemui jalan buntu berkaitan dengan Islam.

DAP jelasnya, gagal memahami sentimen masyarakat pengundi Melayu-Islam, gagal membuang wajah chauvinis partinya hingga akhirnya PAS juga terpaksa menerima kesan negatif daripada sikap agresif DAP itu.

“Walaupun DAP konsisten menentang kebobrokan BN terutama berkait pengurusan kewangan dan ekonomi negara, tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama perihal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.

“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” ujarnya.

Pada 17 Sept lalu, Abdul Hadi selaku Presiden PAS ketika diinterbiu Terengganukini.net menegaskan bahawa Parti Islam tidak mungkin akan kembali bekerjasama semula dengan DAP kerana parti yang berasaskan kaum Cina itu menentang Islam.

“(Dengan ) DAP mungkin tidak. Tidak (akan) bekerjasama. Kerana sikap DAP yang tidak berubah menentang Islam. Terang-terang saya sebut, dia (DAP) menentang Islam. Menentang akidah Islam,”kata Abdul Hadi.

Sekali lagi wartawan ingin kepastian dengan bertanya soalan yang sama berkaitan kerjasama PAS dan DAP.

“Kita tidak akan mengulangi senerio yang lama. PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan tidak bekerjasama dengan parti yang bekerjasama dengan DAP, “jawabnya lagi.

nik-abduh

Advertisements

One thought on “Sokong Ketegasan Presiden PAS Tidak Mahu Kerjasama Semula Dengan DAP & Sekutunya – Nik Abduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s