Kit Siang Sibuk Main Pokemon Go Ketika Selangor Sedang Bergolak

pkemon

khalidmy – Ahli Parlimen Gelang Patah dan Penasihat DAP Lim Kit Siang rupa-rupanya turut bermain permainan digital Pokemon Go dan beliau sempat bermain permainan itu ketika di Jakarta dalam rangka lawatan kerjanya.

Sesetengah portal berita melaporkan Kit Siang singgah ke Jakarta dan bermain Pokemon Go kerana ingin menenangkan hati sejenak dari konflik yang sedang melanda pembangkang khususnya berkaitan desakan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di Selangor.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam Twitternya memaklumkan Kit Siang berada di Jakarta dan Jogja untuk lawatan selama seminggu di sana bersama Ahli-Ahli Parlimen DAP antaranya Teresa Kok dan Steven sendiri.

kit

Ada gambar yang dikongsikan oleh Steven menunjukkan Kit Siang berjalan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta sambil skrin telefon pintarnya memaparkan permainan Pokemon Go.

Nampaknya ahli politik veteran ini pun ada masa untuk bermain permainan yang dianggap membazirkan masa ini daripada beliau memikirkan masalah negara dan rakyat.

Difahamkan dalam permainan Pokemon Go, ada 151 jenis Pokemon yang boleh ditangkap di pelbagai lokasi di seluruh dunia tetapi ada antaranya yang tidak akan ditemui langsung di Malaysia.

Ini termasuk dalam jenis istimewa dan misteri. Sebaliknya ada 11 pokemon yang menjadi legenda negara Indonesia antaranya Moltres atau Anak Gunung Krakatau dan menjadi rebutan ramai pemain Pokemon Go dari serata dunia.

Montres merupakan pokemon burung api, mungkin kerana pernah terjadinya salah satu letusan gunung berapi yang paling dahsyat di dunia, maka pokemon ini disebut-sebut konon berada di bekas Gunung Krakatau, Lampung.

Turut mendapat perhatian ramai pemain Pokemon Go ialah Terrakion iaitu legenda daripada badak sumbu yang salah satunya hampir menyerupai spesies badak bersumbu satu di taman nasional Ujung Kulon, Indonasia.

Laporan media Indonesia menyebut, Kit Siang sudah berada di level 23 Pokemon Go.

Dari mata penyokong Kit Siang, mereka memuji pemimpin veteran berusia 75 tahun itu selepas melihat gambar berkenaan dikongsikan di Facebook Steven.

“Ia juga sangat berguna sebagai panduan pelancong, terutama di Jogja,” kata Kit Siang yang turut berkongsi rakaman skrin permainan itu menerusi laman Facebook rasminya dengan slogan popular permainan tersebut, Gotta catch ’em all!

Kejadian ini turut dilaporkan dalam akhbar rasmi DAP, iaitu RoketKini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s