Matthias, Husam Tarik Balik Saman Terhadap Riza Aziz, Red Granite

My Nation News – Orang suruhan Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bakal presiden parti PAN, Husam Musa menarik diri daripada meneruskan saman terhadap Red Granite Pictures dan penerbit yang mengeluarkan filem The Wolf of Wall Street.

Portal hiburan, The Hollywood Reporter melaporkan, Matthis dan Husam membuat keputusan Jumaat lalu dengan mengemukakan dokumen kepada mahkamah bagi menarik diri.

Bagaimanapun tiada alasan mengapa mereka tidak meneruskan tuntutan itu, menurut laporan Hollywood Reporter.

Pada 14 Ogos lalu, Matthias dan Husam memulakan tindakan sivil terhadap syarikat Red Granite Pictures bersama prinsipalnya, Riza Aziz dan Joey McFarland dengan mendakwa Red Granite telah menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menerbitkan filem The Wolf of Wall Street.

Dalam satu kenyataan Red Granite memberitahu The Hollywood Reporter, penarikan diri itu adalah satu tindakan yang betul.

“Ia tidak sepatutnya difailkan pun. Red Granite akan terus mengusahakan pelbagai projek yang menarik,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s