Proposal Pilihan Raya Mengejut, Isyarat DAP Mahu Buang Azmin Sebagai MB Selangor

AIDCNews – 24/9/16 – Sepertimana Langkah Kajang yang merupakan strategi halus untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, maka dipercayai kaedah yang sama dilakukan terhadap Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melalui proposal pilihan raya mengejut di negeri itu.

“Terdapat juga sebab yang lebih dramatik mengapa inner circle Azmin tidak berminat dengan pilihan raya (mengejut) – (kerana) mereka bimbang DAP dan Amanah boleh bersekongkol untuk menggantikan Azmin sebagai MB (Selangor),” ulas kolumnis The Star, Joceline Tan dalam tulisan terbaharu bertajuk “S’gor MB puts his foot down

Joceline Tan
Joceline Tan
Sebab itu, kata Joceline, Azmin tidak akan tunduk dengan kemahuan DAP itu demi untuk menyelamatkan kerajaan ‘Pakatan Rakyat’ pimpinannya yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS dibina selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Dia (Azmin) sedar bahawa DAP mahu memecat PAS daripada kerajaan negeri. Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan, DAP akan melakukan apa yang dihajati meletakkan Amanah di kerusi milik PAS.

“Azmin tidak bersedia untuk menghadapi senario itu. Sepertimana yang dia ambil berat, PAS akan kekal sebagai sebahagian daripada pentadbirannya sehingga pilihan raya umum (akan datang),” ulasnya.

Walau bagaimana pun, Joceline berpendapat usaha menyingkirkan Azmin sebagai MB Selangor merupakan serampang dua mata untuk mencapai matlamat sebenar DAP iaitu untuk menyelamatkan maruah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

“Sebabnya mudah – jika Selangor mengadakan pemilihan awal, maka Pulau Pinang juga akan melakukan perkara yang sama. Ia akan kembali dengan pelan asal DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang,”ulasnya.

“Kepimpinan PKR percaya bahawa pilihan raya adalah bertujuan untuk membantu Guan Eng mendapatkan mandat baharu menjelang kes mahkamah dan bukannya untuk menyelamatkan gabungan itu.

“Ada di antara mereka yang melihat pilihan raya yang dicadangkan sebagai taktik lencongan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes mahkamah yang dihadapi Guan Eng.

“Perkara yang lebih mendesak di pihak DAP lagi apabila Peguam Negara telah diberi kebenaran oleh mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang bagi kenyataan yang diucapkan berkaitan dengan tuduhan terhadapnya,” ulasnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s