DAP – Di Mana Prinsip Muhyiddin


My Nation News – Pada 29 November 2011, di hadapan ribuan ahli Umno, Tan Sri Muhyiddin dengan penuh semangat, menegaskan, DAP adalah satu parti cauvinis yang mahu menubuhkan sebuah republik.

“Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengenepikan nilai sejarah dan jatidiri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Mereka berani mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa dilantik Yang Di-Pertuan Agong, apa maknanya ini?

“Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa,” kata Muhyiddin.

Hari ini, bersekongkol pula untuk menggulingkan Perdana Menteri dan tidakkah itu satu tindakan melahap kuasa demi temboloknya?

Tidakkah itu juga mengenepikan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan?

Dimanakah prinsipnya Muhyiddin?

Manakala, sudah dicoretkan sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad akan menjadi budak suruhan pembangkang. Skrip dilakarkan pembangkang, intipati dijalurkan pembangkang dan Mahathir hanya menunduk mengikut, patuh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s