Iskandar Nafi Tuduhan PKR bahawa PAS Parti Pengkhianat

AIDCNews – 26/9/16 –Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan kenyataan PKR yang menuduh parti Islam itu sebagai parti pengkhianat.

Beliau berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang mendakwa PAS berkali-kali mengkhianati parti itu berhubung isu agihan kerusi pada musim pilihan raya adalah tidak berasas.

“(Kenyataan Datuk) Saifuddin Nasution membawa nada untuk bergaduh bukan untuk berunding.
“Membuat tuduhan-tuduhan dan membuat andaian. (Sikap itu) tidak gentlemen,” ujar Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor kepada Antarapos menerusi aplikasi WhatsApp.

Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata bersedia berunding semula dengan PAS meskipun telah berkali-kali dikhianati PAS.

“Kalau nak capai satu lawan satu, Pakatan Harapan (PH) kena duduk bincang dengan Bersatu (PPBM) dengan PAS. Bukan soal percaya atau tidak (tapi) engangement atau perbincangan mesti kita mulakan.

“Kalau nak fikir pasal pengkhianatan, saya yang paling pedih. Saya wakili PKR mengenai rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh, yang telah dipersetujui hitam putih di atas kertas bukan tepi jalan, tapi dikhianati.

“Kita akan berusaha satu lawan satu bagi mencerahkan peluang memenangi pilihan raya, dan dalam masa yang sama kita maklumkan ahli kita untuk bersedia. Kalau gagal (rundingan), kita akan melawan dengan tiga penjuru atau empat penjuru,” katanya ketika menjadi panel sembang santai sempena Sambutan PAN Setahun pada Sabtu.

Program sembang santai PAN itu yang turut membariskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Presiden PAN, Mohamad Sabu, Setiuasaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan pemimpin BERSIH2.0 Thomas Fann, telah menjadi medan untuk menghentam PAS yang didakwa sebagai punca idea satu lawan satu sukar direalisasikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s