PAN Sedia Tanding Tiga Penjuru Di Kelantan PRU 14 -Husam

AIDCNews – 26/9/16 – Parti Amanah Negara (PAN) bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Ketua de facto PAN Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan UMNO dan PAS, kita akan mendapat undi paling banyak,” kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun PAN di Muar malam Sabtu.

Hujah Husam, UMNO dan PAS di Kelantan sedang mengalami proses kemerosotan, berbanding dengan PAN yang sedang melonjak naik.

“PAS di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

“Dia tidak ada delivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

“Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah UMNO yang telah terkunci dan PAS yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan,” kata Husam dengan penuh yakin.

“Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, jika formula tiga penjuru dilaksanakan pada PRU 14, PAN akan menang sembilan daripada 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya telah membuat ramalan, PAN Selangor mempunyai peluang besar untuk memenangi sekurang-kurangnya tiga per empat daripada kerusi DUN di Selangor.

“Contohnya, kalau PAS bertanding di 15 kerusi DUN dan PAN juga bertanding di kerusi yang sama dengan PAS. Sekurang-kurangnya sembilan kerusi DUN itu dimenangi oleh PAN..” katanya

Sehubungan itu, Husam yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya PAS pada PRU 13 menggesa agar pimpinan PAS Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor bermula dari sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s