Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor

azmin-ideAIDCNews – 27/9/16 –Kajian badan pemikir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin menunjukkan PKR merupakan parti yang berpengaruh berbanding dengan PAS di negeri itu.

Kajian yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan hanya calon-calon PKR sahaja boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu di antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional dan PAS di negeri itu.

Seperti yang dikehendaki Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini, carta kajian IDE (di bawah) menunjukkan PAS tewas di semua kerusi jika pertandingan tiga penjuru diadakan.

tiga

Kajian itu memaparkan pertandingan tiga penjuru tidak memberi kesan kepada PKR kerana parti Keadilan itu mampu mengalahkan PAS dan BN, namun DAP, PAN dan PPBM tewas kepada BN jika pertandingan tiga penjuru tidak berjaya dibendung.

“BN akan menang sama ada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula,” kata Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Redzuan Othman kepada Malaysia Dateline ketika ditemui selepas sidang media media bertajuk ‘Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, Survei IDE’ di Shah Alam hari ini.

“Jika PAS menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi PAS akan kalah di Selangor,” katanya.

Walau bagaimanapun, kajian IDE itu agak kontradik apabila mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan kekal menang memerintah Selangor dengan 59 peratus pengundi di Selangor akan menyokong Pakatan Harapan (PH) berbanding dengan hanya 29 peratus sahaja yang menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Buat masa ini, PAS tidak termasuk dalam PH kerana gabungan pembangkang itu hanya disertai DAP, PKR dan PAN.

Kajian IDE (di atas) juga turut memaparkan PH merupakan pilihan paling popular bagi rakyat negeri Selangor.

Pada Januari lalu, kajian IDE dipertikaikan DAP kerana memaparkan parti itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Timbalan Pengerusi IDE, Dr Redzuan yang juga Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) juga turut menolak undangan DAP untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan hasil kajian tersebut.

“Saya pernah dijemput DAP untuk menyampaikan satu pembentangan, (tapi) saya sebut bahawa majlis itu tak berapa sesuai dengan saya,” katanya.

Selanjutnya, sila baca “Azmin Di Belakang Kajian IDE ?

Advertisements

3 thoughts on “Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s