Tun Mahathir Masih Tidak Percaya Anwar, Kata Penganalisis

dr_jeniri_amirSHAH ALAM: Dendam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum padam justeru tidak hairanlah mengapa beliau menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Malah penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata Dr Mahathir sejak memecat Anwar pada 1998 tetap konsisten tidak bersetuju untuk Anwar dilantik menjadi perdana menteri.

“Jadi pendirian Mahathir untuk tidak bersetuju dengan Anwar sebagai PM adalah konsisten sejak Anwar dipecat pada 1998.

“Sikap konsisten itu sekali lagi terbukti sekiranya pembangkang menang, maka Mahathir mahu Muhyiddin dilantik. Ini menunjukkan dendam Mahathir sekian lamanya belum lagi padam,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Dr Mahathir ketika berceramah di London, minggu lalu berkata, Muhyiddin akan dilantik menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14 akan datang.

Bagaimanapun ujar Dr Mahathir perkara itu masih belum dibincang dalam kalangan parti pembangkang kerana bimbang akan ada orang yang kecewa dan menyebabkan parti berpecah.

Dr Mahathir kini giat menyeru parti pembangkang agar bersatu untuk melawan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

DAP kemudiannya bertegas bahawa pendirian mereka masih kekal iaitu mahukan Anwar menjadi perdana menteri walaupun bekas ketua pembangkang itu kini dipenjarakan selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Mengulas perkembangan itu, Jeniri berkata, isu calon perdana menteri akan menjadi barah dalam kerjasama parti pembangkang.

“Pemilihan calon PM amat penting. Jika sudah wujud pertelingkahan dan sikap tidak bersetuju dari segi pemilihan calon yang paling layak antara kedua belah pihak ia akan mewujudkan masalah. Lebih-lebih lagi apabila mereka yakin dapat ke Putrajaya,” tambahnya lagi.

Namun begitu Jeniri berpendapat karisma dan wibawa yang ada pada Anwar lebih layak memegang jawatan nombor satu berbanding Muhyiddin, sekiranya pembangkang berjaya mengalahkan Umno BN pada pilihan raya nanti – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s