Tuntutan Matthias & Husam Berniat Jahat, Mahu Rosakkan Imej Negara -Azalina

KUALA LUMPUR: Keputusan Matthias Chang dan Datuk Husam Musa menggugurkan ‘Class Action’ terhadap syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dan individu dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB menunjukkan dakwaan mereka tidak bermerit dan tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perbuatan Husam yang juga bekas naib presiden PAS dan Matthias selaku setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berniat jahat serta mahu meraih publisiti murahan selain menyalahgunakan proses mahkamah.

“Kedua-dua mereka bukan saja cuba memalukan Malaysia malah, tindakan mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan keperluan asas bagi pemfailan ‘Class Action’.

“Tindakan mereka juga dilakukan atas tujuan politik dan mereka terburu-buru dalam perkara ini semata-mata untuk mendapat publisiti dengan menyalahgunakan mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini (Selasa).

Beliau berkata Husam, dalam kenyataannya bertarikh 24 September lepas, menarik balik saman itu bagi menyesuaikannya berikutan beberapa perkembangan terkini, tidak dapat diterima.

Beliau berkata secara umum, permulaan ‘Class Action’ akan ditentukan berdasarkan kepada 4 prasyarat yang ketat mengikut Peraturan 23(a) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat (FRCP-USA).

Husam dan Matthias memfailkan saman bersama itu terhadap 1MDB, Goldman Sachs, penerbit filem Riza Aziz dan syarikatnya Red Granite Pictures.

Saman itu dikatakan diketepikan pada tengah hari Jumaat tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya -BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s