Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik

cartaAIDCNews – 28/9/16 – Kajian badan pemikir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin dipercayai tidak telus dan mempunyai muslihat politik tertentu.

Badan pemikir itu dinamakan Institut Darul Ehsan (IDE) yang diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015.

IDEA dipengerusikan oleh bekas Presiden ABIM, Dato’ Dr Siddiq Fadzil dan Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE yang juga Naib Canselor UNISEL
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE yang juga Naib Canselor UNISEL

“Kredibiliti apa yang dibimbangkan Redzuan. Sebagai Timbalan Pengerusi IDE yang ditaja oleh Azmin Ali, Redzuan sudah tentu mempunyai kepentingan politik.

“Sejak kajiannya di Universiti Malaya lagi hasilnya dipertikai,” kata Maulana yang merujuk kepada Dr Mohammad Redzuan ketika menjadi Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

“Redzuan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim bersama kawannya Dr Sidek Fadhil. ABIM sejak dulu mengambil sikap tidak partisen dalam politik.

“Lantaran Anwar Ibrahim dan Sidek Fadhil adalah kawan lama ia sanggup jadi Pengerusi IDE dan menerima bantuan 5 juta melakukan kerja untuk Azmin dan PKR.

“Sebagai hadian Redzuan dilantik Naib Canselor UNISEL universiti kerajaan Selangor. Integriti akademik apa yang hendak dijaga kerana lantikan itu adalah lantikan politik.

“Di UNISEL ada Dr.Mohd Nor Nawawi dan Dr Mohd Nor Manuty yang jauh lebih senior daripada Redzuan. Redzuan adalah pakar sejarah. Sejarah bakal mengulangi jejak. Percayalah!”, ulas Maulana lagi ketika mengulas artikel bertajuk “Azmin Di Belakang Kajian IDE ?

Semalam, Dr Mohammad Redzuan ketika membentangkan hasil kajian mendakwa Anwar Ibrahim walaupun sudah bergelar banduan di Sungai Buloh, namun popularitinya mengatasi pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau mendakwa Anwar (30 peratus); Tun Dr Mahathir Mohamad (24 peratus); Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus), Lim Kit Siang (15 peratus) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).

Dr Mohammad Redzuan juga mengemukakan hasil kajian yang hampir sama dengan gesaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini yang mahukan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kajian yang dibentangkan Dr Mohammad Redzuan menunjukkan PKR kekal menang dengan bergaya di Selangor, meskipun berlaku bertandingan tiga penjuru di antara Pakatan Harapan (PH), BN dan PAS.

Dakwanya, calon PAN, PPBM dan DAP akan kalah kepada BN jika PAS masuk sebagai calon ketiga.

“Jika PAS menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi PAS akan kalah di Selangor,” katanya.

Selanjutnya sila baca Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor

One thought on “Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s