Ketiadaan Air Paling Buruk Sejak Syarikat Azmin Ambil Alih

serdangAIDCNews – 28/9/16 –Walaupun Syarikat Air Selangor memberi jaminan masalah air di negeri itu akan pulih sepenuhnya kira-kira jam 1 pagi malam tadi, namun tinjauan AIDCNews di sesetengah tempat yang mengalami ketiadaan air mendapati janji itu tidak ditepati.

Setakat ini, tiada jaminan yang pasti bilakah tarikh dan masa sebenar masalah ketiadaan air itu dapat dipulih sepenuhnya.

loji

Sehingga semalam, ketiadaan air disesetengah tempat itu telah mencatatkan rekod yang paling buruk semenjak Syarikat Air Selangor yang dimiliki oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih pengurusan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) sejak Mac tahun ini.

Di antara Mac hingga September tahun ini, terdapat gangguan air di beberapa kawasan tertentu membabitkan dua hingga tiga kali dalam sebulan, namun tidak lah seteruk yang dialami sekarang.

Gangguan terbaharu bekalan air itu juga memberi amaran bahawa isu ketiadaan air tidak dapat diselesaikan sepenuhnya di Selangor dan bakal akan berulang kembali dengan kemungkinan yang lebih teruk lagi.

Pada Ahad, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar dalam sidang media di Semenyih berkata faktor kegagalan pengurusan Azmin yang sibuk berpolitik merupakan punca berlakunya ketidaklancaran sistem pengurusan air di negeri itu.

“Sebelum ini apabila berlaku peristiwa seperti ini, kerajaan negeri mengambil kesempatan, menyalahkan SYABAS (syarikat bekalan air) dan Puncak Niaga (syarikat loji pengurusan air).

“Tetapi (selepas diambil alih oleh Syarikat Air Selangor), kerajaan negeri nak salahkan siapa. Air, loji dan pengagihan air pun di bawah kuasa kerajaan negeri.

“Syarikat pengurusan air seratus peratus di bawah kerajaan negeri,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s