Sogokan Wang : Rafizi Tempelak Maria & Cynthia

AIDCNews – 28/9/16 –Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menempelak Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkaitan dengan sogokan wang.

Rafizi yang juga Penasihat NGO INVOKE berkata Maria dan Cynthia tidak wajar mengkritik inisiatif pihaknya memberi wang tunai kepada yang mendaftar sebagai pengundi kerana moral mereka berkaitan kewangan juga turut diragui.

“Siapa kamu untuk bercakap mengenai moral sedangkan, kamu tahu, kedudukan kamu juga boleh dipertikaikan.

“Saya guna wang sendiri. Mengatakan pemberian insentif ini sebagai menyedihkan serupa pukul curi…kerana saya tak kata apa pun bila mereka terima geran untuk berkempen,” kata Rafizi ketika ditemui pemberita di Menara UEM malam tadi.

Tambahnya, individu yang mengkritik tindakannya adalah individu yang sama mengetuai NGO dan badan bukan kerajaan lazimnya turut berkait dengan penerimaan dan pemberian wang untuk menggerakkan aktiviti mereka.

“Apa yang saya cuba sampaikan adalah: hujah moral kamu itu boleh dipertikaikan, terutamanya jika kita tengok dari perspektif badan bukan kerajaan kerana lazimnya NGO seperti C4…saya tak pasti mengenai Bersih…terima geran kerana kami menjuarai kempen tertentu.

“Saya tak ambil gaji daripada geran tapi saya tak pasti mengenai Cynthia.

“Jika kamu pusing isu ini, yang kamu terima bayaran daripada geran untuk berkempen…bukankah itu lebih merumitkan keadaan berbanding memberi hadiah wang untuk mengalakkan orang pergi mengundi?” kata Rafizi lagi.

Menurut laman ned.org, C4 (Centre to Combat Corruption and Cronyism) menerima tajaan daripada sebuah yayasan demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu NED (National Endowment for Democracy)

Pada tahun 2015, C4 yang diterajui Cynthia dan Ahmad Farouk Musa telah menerima dana sebanyak $35,000 daripada yayasan dana asing itu.

C4 juga turut dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi George Soros melalui Open Society Foundations (OSF)(sebelum ini lebih dikenali Open Society Institute atau OSI) apabila menjadi rakan kerjasama dengan SEATTI (Southeast Asia Technology and Transparency Initiative).

SEATTI pula ditaja oleh HIVOS badan yang mendapat tajaan Soros.

Pada 27 Jun 2011, Datuk Ambiga Sreevenasan ketika itu merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 mengakui NGO pimpinannya telah menerima dana asing daripada dua badan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan badan demokrasi tajaan Soros iaitu Open Society Institute (OSI).

Pendokong utama Ambiga, Marina Chin Abdullah turut mengesahkan NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH untuk tujuan ‘kerja-kerja pemantauan’ pilihan raya umum.

Pengakuan Ambiga dan Maria berkenaan penerimaan dana asing itu dibuat ketika ditemu bual wartawan The Malaysian Insider, Debra Chong pada 27 Jun 2011.

Semalam, Maria mengkritik tindakan Rafizi yang berjanji akan mengeluarkan simpanannya sebanyak RM300,000 untuk membantu kempen diketuai badan bukan kerajaan berkaitan PKR, INVOKE.

“Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan itu kerana rakyat sepatutnya mendaftar secara sukarela. Ini adalah hak anda dan pilihan raya umum hanya berlaku sekali dalam tempoh 5 tahun,” katanya kepada FMT.

Cynthia pula menyifatkan tindakan memberi ganjaran tunai untuk mendaftar sebagai pengundi adalah langkah tidak baik.

“Jangan sekali-kali tawar tunai kepada pengundi muda. Nilai apakah yang kita sampaikan kepada golongan muda.
“Sebaliknya, INVOKE perlu mendidik anak muda dengan demokrasi.

“Iklim politik sekarang mungkin menjijikkan bagi sesetengah orang. Tetapi, cita-cita membentuk masyarakat berfungsi tidak boleh dikompromi dengan insentif tunai,”katanya.

Pada 13 September lalu, Rafizi dilaporkan berkata INVOKE ditubuhkan kerana orang ramai sudah muak dengan semua parti-parti politik yang ada di negara ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau mengambil inisiatif untuk membentuk sebuah badan yang dinamakan INVOKE bagi mengumpulkan pihak yang tidak percaya kepada parti-parti politik ini.

“Untuk memastikan INVOKE mempunyai kesan yang mendadak di akar umbi, saya telah mendermakan RM300,000 dari simpanan untuk membiayai organisasinya yang diuruskan secara profesional,” katanya.

Rafizi berkata INVOKE sudah beroperasi pada awal Ogos 2016, dan berjaya mengumpul 763 sukarelawan.

Aktiviti merekrut sukarelawan diadakan setiap minggu dan akan digiatkan bermula minggu ini dengan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara menjelang Mac 2017 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

2 thoughts on “Sogokan Wang : Rafizi Tempelak Maria & Cynthia

  1. Biarkan dialah nak buang rm300,000 tu sebab dia tak ada masa nak gunakan nya. Tak lama lagi dia akan berpindah ke kediaman baru berjiran dgn sahabat lama dia di Sg Buluh

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s