Aziz Bari Marah Bila Disoal Tentang Perlembagaan DAP

aziz-bariheadbomb – MALAM tadi bertempat di ‘Ruang’ Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog ‘Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan’ anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).

Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu.

Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.

Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk.

Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.

Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara.

Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s