Rafizi Nafi Anwar Pelopor Islamisasi Di Malaysia

AIDCNews – 29/9/16 – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menafikan Anwar Ibrahim merupakan pelopor Islamisasi di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa proses Islamisasi yang berlaku dalam negara sekarang ini disebabkan Anwar, mereka adalah golongan yang jahil.

“Orang yang mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk keadaan hari ini jelas jahil fakta dan latar belakang zaman itu,” kata Rafizi.

“Jadi bagi sesiapa untuk mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada hari ini adalah jelas (mereka) jahil mengetahui fakta-fakta dan latar belakang zaman itu,” kata Rafizi ketika dihubungi Malay Mail Online.

Rafizi berkata demikian sebagai membidas kenyataan aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), Siti Kasim yang mendakwa Anwar merupakan pelopor Islamisasi pada tahun 1970-an ketika menjadi Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) dan seterusnya dalam UMNO pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Beliau turut mendakwa perjuangan Islam yang dibawa Anwar adalah konsisten dari dulu sampai sekarang iaitu pembawa moderat Islam dan menafikan Anwar merupakan pemimpin Islam bercorak fundamentalisme.

“Saya tidak bersetuju dengan dia (Siti Kassim)…Saya tidak setuju terutamanya dalam keadaan sekarang ia semakin jelas seperti kekurangan pemimpin Islam (bercorak moderat) yang telah memberi ruang (kepada pemimpin Islam) yang bercorak konfrontasi dan kurang inklusif dalam masyarakat Islam.

“Sebenarnya kekurangan jenis kepimpinan Islam gaya Anwar yang membawa kita seperti hari ini,” katanya.

Rafizi menegaskan Anwar seorang pemimpin Islam moderat yang kekal dalam pendirian toleransi walaupun bekas Presiden ABIM itu pernah teruja dengan Revolusi Iran 1979.

Beliau turut membandingkan pendekatan Islam gaya Anwar pada masa lalu dengan gaya Islam PAS yang memperkenalkan kepimpinan ulama mencontohi Iran.

Rafizi juga turut mengungkit bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada awal tahun 1980-an hanya menerima undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan dan undang-undang negara kerana ia mewarisi undang-undang British.

Sebaliknya Anwar dakwa Rafizi, bukan pembawa Islam secara syumul (keseluruhan), hanya memperkenalkan konsep Islam dari perspektif keadilan dan memberi tumpuan kepada isu-isu harian seperti kemiskinan dan rasuah.

Dalam satu temuramah dengan Malay Mail Online sebelum ini, Siti Kassim menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini sedang merengkok di penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim kerana telah membawa Islamisasi ke Malaysia pada tahun 1970-an dan ketika berada dalam kerajaan.

Siti Kassim mendakwa dia adalah “orang yang paling gembira” apabila Anwar ditangkap pada tahun 1998.

“Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.

“Dia yang bersalah, dia yang membawa Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.

“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam? Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” katanya.

One thought on “Rafizi Nafi Anwar Pelopor Islamisasi Di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s