Sudah Masuk Hari Ke-8 Ketiadaan Air, Syarikat Azmin Masih Cari Formula Pemulihan

air-azminAIDCNews – 29/9/16 –Semalam Syarikat Air Selangor milik Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjanji ketiadaan air di negeri itu akan dipulihkan sepenuhnya pada tengahari ini.

Namun, tinjauan AIDCNews sekitar jam 3. 00 petang hari ini di beberapa lokasi yang mengalami gangguan bekalan air mendapati tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Masalah gangguan air masih gagal dipulihkan sepenuhnya meskipun sudah hari ke-lapan sesetengah kawasan itu telah mengalami masalah ketiadaan air.

AIDCNews mendapat maklumat daripada SYABAS berkenaan masalah tersebut. Jawapan SYABAS adalah seperti berikut :

Info SYABAS : 9.00 pagi, Khamis 29hb September 2016

Berdasarkan pemantauan dan peratusan pemulihan terkini yang berada di tahap 97.6%, pihak kami perlu melanjutkan sasaran masa pemulihan bagi baki 2.4% kawasan yang masih terjejas dengan gangguan tidak berjadual ekoran penutupan sementara Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran bau di sumber air mentah.

Sasaran dan lanjutan pemulihan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Paras kolam utama masih rendah dan tidak stabil serta memerlukan masa bagi mencapai tahap optimum disebabkan penggunaan tinggi dan menyukarkan proses pemulihan bekalan secara keseluruhan.

2. Tekanan dan aliran yang masih tidak stabil di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan juga telah menyumbang kepada kelewatan pemulihan ke kawasan-kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu sasaran pemulihan perlu mengambil sedikit masa lagi dan pihak kami tidak dapat memberikan penetapan masa pemulihan buat masa ini.

Walau bagaimanapun makluman status terkini pemulihan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tumpuan pemulihan sedang ditingkatkan ke kawasan yang masih terjejas dan bantuan melalui lori-lori tangki air secara berterusan kepada pengguna-pengguna masih diteruskan. Pihak kami akan mengambil segala langkah perlu bagi menstabil dan memulihkan semula bekalan air terawat ke kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan berperingkat seperti berikut:

Wilayah Petaling:

Bukit Serdang Seksyen 3, 4, 5, 6, 7 & 8, Jln Pekan Sri Kembangan, Apt Sri Bayu, Apt Megaria, Tmn Serdang Utama, Bukit Serdang 3 & 4, Puchong Hartamas, Bdr Puteri Puchong.

Wilayah Hulu Langat:

Bandar Sunway Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, Bandar Teknologi Kajang, Kajang Utama, Pusat Tahanan Imigresen Semenyih, Taman Bangi Jaya, Taman Bukit Semenyih, Taman Desa Kenanga, Taman Bukit Kajang Baru, Taman Desa Mewah, Taman Desa Mutiara dan Taman Dusun Jaya.

Wilayah Sepang:

Keseluruhan Cyberjaya.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan sila muat turun aplikasi mySyabas di Google Playstore atau Appstore bagi mendapatkan status terkini dan info gangguan bekalan air.

Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s