Azmin Pilih Anak Dara Jual Nasi Lemak Daripada Mak Cik Menjerit Ketiadaan Air

anak-daraAIDCNews – 30/9/16 – Menjadi viral di media sosial apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk melawat penjual nasi lemak anak dara yang didenda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan mengabaikan mak cik yang menjerit kerana ketiadaan air.

“Akhirnya Azmin Ali turun padang jenguk penjual nasi lemak yang kena denda RM2,000 oleh MBSA kerana berniaga kecil-kecilan untuk mencari nafkah.

“Pantas sungguh Azmin Ali menjenguk penjual nasi lemak berkenaan… Baguslah.

“Masalahnya mengapa sampai sekarang tidak tinjau dan turun padang kakak ini yang bertempik kerana beberapa hari tiada bekalan air bersih dan selalu menghadapi gangguan dan putus bekalan air bersih terawat????

“Mengapa bersikap dan berperangai dwi piawaian (double standard)???,” soal Hanisya Abdul Hamid.

Tindakan terpilih Azmin itu, kata Hanisya telah menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai adakah Menteri Besar Selangor tidak meletakkan keutamaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Ikut hukum prioriti sudah pasti Azmin kena beri keutamaan turun padang pantas jumpa kakak tempik air kerana melibatkan ramai orang yang terkesan dan terjejas sedangkan adik nasi lemak ini yang kena kesannya ialah seorang atau mungkin suatu keluarganya sahaja.

“Pilih paras rupa ke??? … Depa lontarkan pertanyaan,”katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Azmin Pilih Anak Dara Jual Nasi Lemak Daripada Mak Cik Menjerit Ketiadaan Air

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s