DAP Beri Rasuah Secara Terang-Terangan

AIDCNews – 30/9/16 – “DAP bagi rasuah pada saya..bapa dia rasuah, anak dia bagi rasuah kat saya..tengok..tengok..betapa buruknya pemimpin DAP. Pemimpin DAPSY memberi rasuah kepada saya, “kata Mamu Parpu sambil mengenggam sejumlah wang.

Seorang penyokong DAP menerpa ke arah Mamu sambil memakinya sebagai Mamu Haram Jadah.

“Inilah pemimpin contoh. Guan Eng ditangkap dengan rasuah. Ini penyokong Guan Eng memberi rasuah kepada saya,” bidas Mamu kepada penyokong DAP itu.

Kejadian itu dirakam di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini ketika sebutan kes salah laku dan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disebut di mahkamah.

Walau bagaimanapun, kes itu ditangguh kepada 6 Disember apabila peguam Guan Eng memohon penangguhan untuk meneliti dokumen daripada pihak pendakwaan yang setebal 13,000 muka surat.

Selanjutnya, sila baca “Pengurusan Kes 6 Disember : Peguam Guan Eng Mohon Tangguh Teliti Dokumen Setebal 13,000 Muka Surat

“Cubaan penyokong DAP memberikan rasuah di siang hari kepada Mamu Parpu untuk berhenti menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang,” ulas Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

guan-engDilaporkan terdapat dua kumpulan yang menyertai perhimpunan di mahkamah hari ini, iaitu kumpulan penyokong Guan Eng dan kumpulan anti-Guan Eng.

“Himpunan Solidariti, Simpati dan Sokong Tokong Guan Eng yang sedang menghadapi perbicaraan 2 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa sebagai KM Pulau Pinang melibatkan pembelian banglo jauh dibawah harga pasaran di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini.

“Ternyata kurang sambutan walaupun sebelum ini sudah diwar-warkan meminta para penyokong DAP/PH turun.

“Paling sedihnya khadam-khadam abdi DAP amat kurang kelihatan di kalangan kurang 100 orang yang datang,” ulas Hanisya Abdul Hamid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s