Khairuddin Soal Muhyiddin : Bila Lagi Nak Lantik Timbalan Presiden PPBM

khaiAIDCNews – 30/9/16 – Bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan kenapa jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak diisi walaupun sudah 3 minggu diluluskan pendaftarannya.

Khairuddin yang dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut persoal kenapa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya dilantik sebagai Naib Presiden dan bukannya Timbalan Presiden parti itu.

“Majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu kepimpinan protem menamakan Muhkriz sebagai Timbalan Presiden secara rasmi, barulah ramai lagi ‘gen Y’ akan menganggotai parti Bersatu,” kata Khairuddin dilapor FMT.

Desakan itu dibuat ketika spekulasi pemimpin PPBM semakin tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dilihat suka bertindak bersendirian.

FMT baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa Muhyiddin tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk Mukhriz, di samping sikapnya mengenepikan “orang Mahathir”.

“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” dakwa sumber portal itu.

Khairuddin menegaskan perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden perlu dilakukan kerana ia merupakan sesuatu yang sudah dijanjikan sejak awal.

“Dalam apa jua keadaan kepimpinan protem mesti menrealisasikan impian dan kehendak rakyat serta generasi muda yang mahukan Muhkriz dinamakan secepat mungkin sebagai Timbalan Presiden parti Bersatu.

“Semua berharap Presiden protem dan pengerusi parti jangan mungkir janji,” katanya.

Khairuddin, yang terlibat daripada peringkat awal dalam pergerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin Dr Mahathir beberapa bulan sebelum penubuhan PPBM, memilih tidak menyertai parti baharu pimpinan Muhyiddin itu.

Malah Khairuddin dilaporkan FMT akan mempertimbangkan untuk menyertai sama ada PKR atau DAP.

“Tiada komen,” jawab Khairuddin secara ringkas ketika dihubungi FMT.

Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan Pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.

Keadaan itu dikatakan hampir memaksa Khairuddin, yang selama ini belum menyertai PPBM walaupun aktif dalam Deklarasi Rakyat sebelum ini, untuk mempertimbangkan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Datuk Seri Najib Razak.

Khairuddin yang sebelum ini lantang bersuara bagaimanapun semakin tidak menonjol sejak pendaftaran PPBM diluluskan awal bulan ini.

Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan menjadi “orang tengah” yang mengatur pertemuan bersejarah Dr Mahathir dan bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di Mahkamah Tinggi pada 5 September lepas.

Presiden PERKASA Bakal Dilantik Timbalan Presiden PPBM ?

Khairuddin Akui Tolak Kepimpinan Muhyiddin, Hanya Iktiraf Tun M

Teka Teki Di Sebalik Khairuddin Tibai Ibrahim Ali

Teka Teki Langkah Presiden PERKASA, Ibrahim Ali

4 thoughts on “Khairuddin Soal Muhyiddin : Bila Lagi Nak Lantik Timbalan Presiden PPBM

  1. Pelik juga dgn tindakan TSMY. Belum apa2 sudah nampak tanda perpecahan. TSMY sekarang nampak cuba bergerak secara sendirian tanpa pengaruh Tun M. Ada kena mengenakah dgn kritikan Sultan Johor ke atas Tun M? Setuju kalau beginilah memang PPBM takkan berkembang. Plan Tun M bakal terencat sekali lagi. Rasanya tak salah letakkan PPBM sebaris PAN sebagai pengacau undi…PAS.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s