Saifuddin Beri Mesej : PKR & Pakatan Harapan Tidak Ikhlas Berunding Dengan PAS

saifAIDCNews – 30/9/16 –Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberi mesej yang sangat jelas bahawa Parti Keadilan dan Pakatan Harapan (PH) tidak ikhlas dalam mengadakan rundingan dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menurutnya, rundingan dengan PAS tidak boleh dilakukan hanya melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sahaja, tetapi ia juga perlu melibatkan PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN.

“Pakatan Harapan kena duduk berbincang dengan (parti) Bersatu dan PAS.

“Bukan soal percaya atau tidak..Bukan soal percaya atau tidak (ulang Saifuddin dua kali) engangement atau berbincang mesti kita mulakan.

“Kalau nak fikir soal kena khianat, saya paling pedih. Saya wakili PKR mengenai rundingan kerusi (dengan PAS pada) 1999, 2004, 2008 dan 2013 adalah cerita pengkhianatan.

“Saya tak boleh lupa…Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh yang telah dipersetujui hitam putih dalam mesyuarat rasmi, bukan bincang tepi jalan. Diminit (mesyuarat itu) tetapi dikhianati,”kata Saifuddin ketika menjadi salah seorang ahli panel sembang santai sempena Sambutan PAN Setahun pada Sabtu lalu.

Saifuddin berkata walaupun rundingan dengan PAS dilakukan, namun dalam masa sama mencadangkan agar Pakatan Harapan bersedia untuk bertanding secara tiga penjuru.

“Kita (PH) juga harus bersedia, kita juga mungkin dikhianati dan ditipu lagi (oleh PAS).

“Untuk itu, kita katakan bahawa kita akan berusaha satu lawan satu bagi mencerahkan peluang memenangi pilihan raya.Tetapi pada masa sama, kita akan maklumkan kepada ahli kita bersedia, kalau (rundingan antara PPBM dan PAS gagal), kita akan berlawan tiga penjuru atau empat penjuru,”katanya lagi

https://www.facebook.com/groups/1790180654560874/permalink/1816815945230678/

One thought on “Saifuddin Beri Mesej : PKR & Pakatan Harapan Tidak Ikhlas Berunding Dengan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s