Geng Baju Merah Lancar ‘Perang’ Terhadap Guan Eng & BERSIH

GEORGETOWN: Seramai kira-kira 5,000 pemuda yang dipercayai daripada kumpulan berbaju merah dari seluruh Pulau Pinang membanjiri ikon pelancongan Gurney Drive.

Mereka yang kebanyakannya menunggang motorsikal itu hadir bagi menentang Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal, mereka bangkit untuk kerajaan negeri DAP menunaikan dua permintaan.

Pertama, mereka mahu Guan Eng meletak jawatan atas tuduhan rasuah terhadapnya.

Katanya, pembangkang telah mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau tidak didakwa.

Keduanya, katanya, mereka mahu polis menolak perhimpunan BERSIH 5 yang matlamatnya adalah untuk menjatuhkan perdana menteri.

Katanya, jika BERSIH 5 diteruskan, mereka akan berdepan dengannya.

Kumpulan itu terus melaungkan “Hidup, Hidup” dan “Undur Guan Eng, Undur Perasuah”, “Hancur DAP!” dan “Hidup Pemuda”.

Perhimpunan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit.

Sementara itu di Lumut pula penganjur BERSIH 5 mendakwa, mereka diganggu sekumpulan penyokong baju merah yang bermotosikal ketika kumpulan reformasi pilihan raya itu memulakan perjalanan mereka pagi tadi.

Penunggang motosikal baju merah sekitar 30 hingga 40 motosikal mengekori konvoi itu dan mula menarik bendera dari kenderaan konvoi, menendang kereta dan menumbuk cermin sisi.

Bagaimanapun berkata, tiada sebarang gamggiam fizikal ke atas peserta setakat ini.

Tindakan mereka dipercayai sebagai protes kepada kumpulan BERSIH 5 yang sedang dalam perancangan untuk menganjurkan himpunan dalam menuntut tindakan lanjut mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 29 November depan – AP

One thought on “Geng Baju Merah Lancar ‘Perang’ Terhadap Guan Eng & BERSIH

  1. Baju merah sering di cap rasis oleh DAP. Tapi mereka perjuangan mereka lebih teruk rasisnya. Seolah2 hanya DAP shj yg lyk mentadbir. Walhal apa yg berlaku di P.Pinang jelas rasuah berleluasa bukan shj ahli politik, kroni2 dan ahli keluarga pun terlibat. Tuduhan terhadap LGE adalah jelas terang nyata, rakyat tak boleh lg berkrompomi. Kalau lihat penglibatan penyokong DAP dlm kempen bela LGE kita sudah boleh baca ia sukar diterima. Saya harap mahkamah jalankan tanggungjawab dgn adil.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s