Gerak Geri Wan Azizah Sahkan Kepalsuan Perjuangan Islam Anwar

wan-azizahAIDCNews – 01/10/16 –Ketika umat Islam menyambut Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2016 – 1438 Hijrah esok, 2 Oktober, pada malam ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan ‘ritual’ nyalaan lilin di depan Ibu Pejabat PKR Tropicana bersempena dengan sambutan memperingati 600 hari suaminya, Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.

anwar1

Sebelum ini, salah seorang inner circle Anwar, Rafizi Ramli menafikan Ketua Umum PKR itu merupakan seorang pejuang Islam sebagaimana yang didakwa sama ada ketika memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1970-an atau ketika berada dalam UMNO sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Rafizi menegaskan perjuangan Anwar dari dulu hingga sekarang konsisten sebagai seorang moderat.

Kenyataan terbaharu Rafizi itu sekaligus telah menafikan propaganda yang cuba dibawa oleh penyokong-penyokong Keadilan sekitar September 1998, yang mendakwa kononnya, Anwar dipecat daripada UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamed bertujuan ‘untuk menghalang proses Islamisasi dalam UMNO dan kerajaan’

Untuk mengukuhkan hala tuju perjuangan Anwar, Rafizi juga turut membandingkan stail kepimpinan Anwar dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rafizi berkata Abdul Hadi pada awal tahun 1980-an hanya menerima undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan dan undang-undang negara kerana ia mewarisi undang-undang British yakni meletakkan Islam di tempat tertinggi sebagai syumul (keseluruhan)

Sebaliknya, Rafizi berkata Anwar bukan pendokong Islam secara syumul, beliau hanya memperjuangkan konsep Islam dari perspektif keadilan dan memberi tumpuan kepada isu-isu harian seperti kemiskinan dan rasuah sahaja.

Selanjutnya, sila baca “Rafizi Nafi Anwar Pelopor Islamisasi Di Malaysia

Seorang lagi inner circle Anwar, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata untuk mengenali pemikiran Anwar maka perlu dikenali terlebih dahulu pemikiran tokoh yang memimpin badan pemikir Anwar.

Badan pemikir Anwar adalah Institut Kajian Dasar (IKD) dan pemimpinnya adalah Khalid Jaafar.

“Seorang lagi anggota yang rapat dengan Anwar Ibrahim ialah Khalid Jaafar daripada IKD berkata ‘liberalis’ perlu bersuara menentang keputusan dan isu yang dibangkitkan dan dilaksanakan oleh kumpulan Islamis.

“Khalid menggesa liberalis di negara ini tidak berputus asa dan terus memujuk orang lain mengenai sebab-sebab untuk mengamalkan liberalisme.

“Suara Islamis di negara ini telah kukuh terlalu lama. Liberalis perlu bersuara. Mereka juga perlu segera dengan hujah-hujah mereka,”kata Khalid yang dilaporkan RPK.

Selain Anwar, Khalid juga berketuakan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut RPK, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor juga merupakan inner circle Anwar yang kini berusaha keras mahu memujuk semula PAS masuk ke dalam Pakatan Harapan.

Azmin berkata, parti-parti pembangkang perlu bersatu untuk menyambut PAS agar kembali ke dalam Pakatan Harapan.

“Walaupun kita ada Azmin Ali yang berkata Pakatan Harapan mesti bersatu dan bersetuju untuk tidur dengan PAS, Khalid Jaafar pula berkata rakyat liberal Malaysia mesti bersatu dan menentang Islam. Maka yang mana satu kawan rapat Anwar perlu kita dengar?,” soal RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Pro PAS versus anti-PAS ini PKR.”

RPK berkata sikap pro PAS yang ditonjolkan Azmin adalah taktikal politik yang mempunyai kepentingan peribadi dan menegaskan sama ada Azmin atau Khalid kedua-dua membawa pemikiran Anwar.

“Anwar mahu hidup di dua alam. Dia mahu hidup dalam PAS yang pro-Hudud dan dia juga mahu hidup dalam dunia DAP yang anti-Hudud.

“Saya rasa jenis manusia seperti ini akan menjadikan anda seorang biseksual, dua-dua pun boleh,” rumus RPK.

vigil-haram

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s