Hantar Muhyiddin Bukti Azmin Gagal Jadi ‘Orang Tengah’ PH & PAS ?

AIDCNews – 01/10/16 –Menghantar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ‘orang tengah’ untuk berunding dengan PAS membuktikan peranan yang selama ini dimainkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menemui kegagalan.

Peranan Muhyiddin yang dihantar sebagai orang tengah untuk berunding dengan PAS didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution ketika menjadi salah seorang ahli panel sembang santai sempena Sambutan PAN Setahun pada Sabtu lalu.

Saifuddin berkata walaupun Muhyiddin berperanan berbincang dengan PAS untuk menjayakan konsep satu lawan satu, namun keputusan akhir juga bergantung kepada Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN.

“Kita (PH) juga harus bersedia, kita juga mungkin dikhianati dan ditipu lagi (oleh PAS).

“Untuk itu, kita katakan bahawa kita akan berusaha satu lawan satu bagi mencerahkan peluang memenangi pilihan raya.Tetapi pada masa sama, kita akan maklumkan kepada ahli kita bersedia, kalau (rundingan antara PPBM dan PAS gagal), kita akan berlawan tiga penjuru atau empat penjuru,”kata Saifuddin.

Selanjutnya, sila baca “Saifuddin Beri Mesej : PKR & Pakatan Harapan Tidak Ikhlas Berunding Dengan PAS

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya semalam optimis dengan peranan yang bakal dimainkan Muhyiddin.

Iskandar berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga dilihat boleh menjadi penghubung di antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan.

Katanya, beliau tidak melihat PAS akan bersama Pakatan Harapan selagi DAP yang turut menjadi parti komponen di dalamnya masih menentang dasar perjuangan parti Islam itu, atau PAN terus menyerang PAS.

“Muhyiddin boleh menjadi pengantara dalam rundingan untuk mengelak pertandingan 3 penjuru. Beliau boleh menjadi penghubung antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s