PPIM Gesa PBT Pantau Lambakan Premis Perjudian Di Lembah Klang

AIDCNews – 01/10/16 –Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius lambakan premis perjudian di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, ini kerana persatuan itu bimbang ketagihan judi bakal menyebabkan kehancuran masyarakat.

Pada Ogos lalu, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP) meletakkan kesalahan kepada pihak polis sebagai punca merebaknya masalah judi di negeri itu.

Namun, hujah Exco DAP itu dibantah oleh ADUN BN Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif yang berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak perlu menunding jari kepada pihak lain, sedangkan sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan melalui kesungguhan kerajaan negeri.

Exco DAP itu kemudian menjawab pihaknya belum menjumpai formula yang terbaik untuk membendung masalah itu dan masih meneliti beberapa cadangan untuk dilakukan kajian lanjut.

“Salah satu cadangan adalah kita mungkin akan…sekiranya didapati bahawa premis tersebut telah dijadikan sebagai pusat aktiviti yang haram, kita akan mungkin tidak akan memberi lesen untuk perniagaan selepas penutupan kedai tersebut selama dua hingga tiga tahun yang akan datang.

“Itu adalah satu cadangan yang masih dalam kajian kita,”kata Ean Yong, Exco PBT Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Selangor Belum Temui Formula Banteras Judi Haram Yang Semakin Merebak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s