PAS Tidak Sertai BERSIH 5.0

SHAH ALAM – Pas membuat ketetapan buat masa ini, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan hujung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 ada banyak matlamat lain yang Pas rasakan ia tidak selari dengan pendekatan Pas kini.

“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang,” katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin berkata, namun ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli Pas untuk menyertai itu secara peribadi, Pas belum putuskan lagi.

“Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sekiranya Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah Pas kini ‘bersama BN’.

“Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam Pas pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan ‘Satukan Tenaga, Malaysia Baru!’.SH

One thought on “PAS Tidak Sertai BERSIH 5.0

  1. Rakyat malaysia secara amnya terpecah kpd pegangan politik berbeza. Ada nasionalis, ada islamik, ada liberal, ada sosialis dan mcm2 lg. Kesaksamaan hampir mustahil kerana semua berada dilandasan masing. Bagi org melayu tak kira PAS UMNO pd dasarnya tak boleh terima perjuangan Dap cthnya penghapusan bantuan khas, kuota khas. Inilah punca UMNO kekal kukuh dan hampir mustahil ditumbangkan. Jika Pas berada diluar PH itu satu pilihan baru buat rakyat asalkan tak melibatkan DAP. Jgn terpedaya dgn pujuk rayu di Selangor kerana sdg mengatur strategi baru utk kecilkan pengaruh Pas. Mereka hanya mahu undi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s