Hishamuddin Rais Sudah Kecut Dikepung Baju Merah

AIDCNews – 03/10/16 – Pengerak BERSIH 5.0, Hishamuddin Rais sudah kecut apabila kereta yang dinaikinya telah dikepung oleh sekumpulan geng baju Merah.

Baru sahaja, geng Merah ketuk pintu kereta yang dinaiki Hishamuddin, dia terus mengelabah cari polis.

Sebelum ini ketika demonstrasi baju kuning (BERSIH), Hishamuddin Rais lantang dan berlagak hero di hadapan penyokongnya, namun apabila dikepung oleh sekumpulan geng baju Merah yang bermotosikal, dia menunjukkan sikap sebenarnya, iaitu seorang penakut.

Pada tahun 1970-an, Hishamuddin melarikan diri ke luar negara selepas melakukan demonstrasi siswa di Kuala Lumpur kerana bimbang dirinya ditahan pihak polis.

Hishamuddin hanya berani pulang ke Malaysia pada tahun 1994, iaitu selepas Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apa yang dilakukan sekumpulan geng baju Merah mengepung kereta Hishamuddin itu hanya isyarat awal, pastinya semakin ramai geng baju Merah dari seluruh negara akan turun pada November ini untuk ‘bertempur’ dengan geng baju Kuning di Kuala Lumpur.

AIDCNews difahamkan semakin ramai kerahan di peringkat akar umbi di seluruh negara dilakukan untuk memastikan baju Merah membanjiri Kuala Lumpur November ini.

isham2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s