Kekayaan Shafie Punca Mereka Keluar Parti – DAP Sarawak

dap-shafieAIDCNews – 03/10/16 – Kekayaan yang dimiliki oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal merupakan punca Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta aktivis parti dari PKR dan DAP di Sabah keluar parti, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

“Sekarang, ekoran kekayaan Shafie Apdal, ramai ahli politik telah meraih manfaat dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.

“Ini adalah ciri-ciri katak politik,” kata Chong dalam kenyataan, hari ini, lapor Malaysiakini.

Chong juga turut menolak dakwaan daripada mereka yang keluar parti dengan alasan ‘parti tempatan boleh mempertahankan hak tempatan’ yang disifatkannya sekadar hujah remeh semata-mata.

“Bagi mereka yang telah keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen ‘parti tempatan’, komen saya adalah mereka adalah ahli politik oportunis,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong yang membuat pengumuman keluar parti bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin semalam.

Junz Wong merupakan ADUN Likas, manakala Lajim pula ADUN Klias.

Turut keluar parti bersama Junz Wong adalah Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

Manakala Lajim pula turut mengumumkan aktivis PKR Sabah yang keluar parti iaitu Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terence Siambun.

Mereka bertindak keluar parti susulan tindakan Darell Leiking yang telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh Shafie Apdal.

Leiking juga merupakan Ahli Parlimen Penampang, Sabah.

azizi-shafie
azizi-shafie1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s