Pembangkang Sabah Di Ambang Kejatuhan – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU: Pakatan Pembangkang berada di ambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang mengatakan “PKR dan DAP adalah parti tidak berguna.”

“Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?,” katanya dalam kenyataan yang dipos melalui twitternya @mpkotabelud di sini.

Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata demikian mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (ADUN Klias), ADUN Moyog, Terence Siambun (PKR) dan ADUN Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.

Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s