Wan Azizah Kecewa Lajim Ukin Keluar Parti

AIDCNews – 03/10/16 – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggalkan parti itu.

Ini kerana sebelum keluar parti, Lajim merupakan Pengerusi PKR Sabah.

“Amalan Ahli Parlimen atau ADUN yang meninggalkan parti tidak boleh dibiarkan. Saya mengharapkan yang terbaik buat mereka yang memilih untuk meninggalkan parti di Sabah.

“Saya yakin bahawa mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah untuk memastikan kerusi satu sama satu di semua kerusi DUN dan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, selain Lajim, beberapa orang pimpinan kanan PKR Sabah juga turut membuat pegumuman keluar parti.

Mereka adalah Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengisytiharkan keluar parti itu menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Leiking mendakwa keputusannya untuk keluar parti telah direstui oleh Wan Azizah.

Namun, Naib Presiden PKR pusat, Tian Chua turut kesal dengan tindakan Lajim itu yang disifatkannya seperti mahu mensabotaj PKR Sabah.

“Pimpinan tertinggi PKR telah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Lajim Ukin bersama beberapa yang lain telah membuat pengumuman hari ini untuk beralih ke platform parti yang berbeza. Kami kesal dengan keputusan Datuk Lajim ini.

“Pada masa yang sama, satu proses penambahbaikan organisasi parti akan dilaksana dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di Sabah,” kata Tian Chua pada Ahad.

Respon kenyataan itu, Lajim berkata Tian Chua tidak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di peringkat akar umbi PKR Sabah.

Menurut Lajim, apa yang didengar Tian Chua hanya mengenai kestabilan parti yang dimomokkan walaupun sebenarnya pada hakikatnya ramai telah meninggalkan parti itu di negeri tersebut.

“Tian Chua tidak dapat gambaran sebenar. Dia hanya dengar yang pimpinan di Sabah mengatakan parti masih berada di tahap stabil sedangkan pada saya memang sudah ramai yang keluar parti.

“Malah dari semasa ke semasa, pasti akan ramai yang akan keluar meninggalkan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Lajim juga yakin ramai akan mengikut jejaknya selepas beliau mengumumkan untuk keluar parti semalam.

Untuk langkah seterusnya, kata Lajim, beliau akan turun padang mengadakan siri jelajah memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah tentang kepentingan penyertaan rakyat Sabah dalam parti tempatan.

Katanya lagi, siri jelajahnya yang akan merangkumi kawasan-kawasan di seluruh Sabah.

Ujar Lajim lagi, beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang sekiranya berjaya membentuk parti tempatan di Sabah.

Bagaimanapun kerjasama dengan PKR hanya akan diputuskan selepas rundingan diadakan dengan Pakatan Harapan.

“Kami akan rundingkan tentang hasrat rakyat Sabah, peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat Sabah serta pengambilalihan jawatan-jawatan dalam kerajaan di Sabah.

“Seharusnya rakyat Sabah juga diberi peluang memegang jawatan peringkat tertinggi Persekutuan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s