Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Semula, Tidak Ditentukan Masa Pemulihan

paipAIDCNews – 04/10/16 –Ketiadaan air di sesetengah kawasan sekitar Selangor kembali berulang dan kali ini tidak dapat ditentukan bilakah pemulihan dapat diselesaikan.

“Masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan bergantung kepada pengopreasian semula loji,” kenyataan MySyabas dipetik.

Kenyataan itu turut menyebut tugas penyaluran air dihentikan buat sementara di LRA Semenyih akibat pencemaran bau yang membabitkan lebih daripada 200 kawasan terlibat.

“Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup semula apabila pencemaran ini sampai ke muka sauk dan beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air.”

Menurut laman syabas.com.my, pencemaran bau di Sungai Semenyih dikesan pada pukul 11:00 malam semalam (03 Oktober 2016) di Sg. Semenyih.

“Punca pencemaran telah dikenal pasti daripada premis yang terletak di Batu 22 1/4, Jalan Sg. Lalang, Semenyih.

“Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha tersebut.

“Dukacita dimaklumkan bahawa loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 pada pukul 10 pagi akibat pencemaran bau ini.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila loji rawatan air beroperasi semula,” kenyataan dipetik.

Kawasan terlibat di Daerah Hulu Langat.

Kawasan terlibat di Daerah Kuala Langat.

Kawasan terlibat di Daerah Petaling.

Kawasan terlibat di Daerah Sepang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s