PKR Dakwa Muhyiddin Sendiri Tawar Diri Jadi ‘Orang Tengah’ Bincang Dengan PAS

AIDCNews – 04/10/16 – Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ berunding dengan PAS bagi merealisasikan formula satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Bila (Tan Sri) Muhyiddin datang dan membentuk parti baru dengan tekad bahawa dia hendak pastikan satu lawan satu.

“Mungkin ada sedikit kesulitan dan kepayahan bila berurusan dengan PAS jadi dia mengambil tanggungjawab itu untuk berbincang dengan PAS agar berunding bagi memastikan satu lawan satu,” kata Zuraida dalam temubual eksklusif dengan Antarapos baru-baru ini.

Muhyiddin yang menjadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat, iaitu Pagoh, berbanding dengan PKR (30), DAP (38), PAN (6) dan PAS (14).

PPBM sebelum ini ada mencadangkan kepada semua parti pembangkang agar bernaung di bawah satu logo yakni Barisan Rakyat untuk tidak mengelirukan rakyat pada PRU14 akan datang.

Cadangan itu disambut baik oleh Pakatan Harapan, namun PAS tidak memberi apa-apa respon.

Zuraida berkata PAS tidak semestinya menyertai Barisan Rakyat namun memadai jika parti itu bersedia untuk mengadakan rundingan dengan semua parti-parti pembangkang agar prinsip satu lawan satu dapat dicapai.

“Bila kita ada polisi, janji dia adalah gabungan kerjasama untuk PRU. Kerjasama dalam bentuk kedudukan maknanya untuk (merealisasikan) satu lawan satu.

“Samada dia nak bersama dengan kita dengan ada satu manifesto, kalau tidak bersama pun tidak mengapa tapi kita cuma hendak pastikan satu lawan satu atas nama Barisan Rakyat,” katanya lagi.

tb
tb1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s