Anwar Arah PKR & Pakatan Harapan Adakan Rundingan Dengan PPBM

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau sudah pun mengarahkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) agar mengadakan rundingan mengenai kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Rundingan itu katanya ke arah berganding bahu untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah sebagai respon kepada kehadiran Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menzahirkan sokongan kepadanya hari ini.

“Saya sudah minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia (Tan Sri Muhyiddin).

“(Kami) membincangkan usaha kerjasama dalam Pakatan Harapan begitu juga kerjasama dengan BERSATU (PPBM), berunding dengan semua parti pembangkang,” ujarnya kepada pemberita di luar mahkamah, hari ini.

Muhyiddin hari ini hadir untuk menyatakan sokongan kepada Anwar yang sedang dalan perbicaraan bersabit kes fitnahnya.

Ujar Muhyiddin kehadirannya hari ini perlu untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan Anwar yang merupakan pemimpin de facto PKR selain punya aura dalam kalangan parti pembangkang.

Muhyiddin kini aktif mencari sokongan agar cadangan parti pembangkang bergerak bawah satu pakatan, seperti yang dimahukan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi kenyataan.

Dr Mahathir sebelum ini memberitahu kegagalan parti pembangkang menumbangkan Umno BN sejak 59 tahun lalu, adalah disebabkan keengganan mereka bergerak bawah satu gerakan.

Ditanya lanjut, Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata beliau juga arahkan PKR dan Pakatan Harapan adakan rundingan dengan PAS.

“Ya..ya..kita setuju ada rundingan dengan PAS. (soalan wartawan: untuk adakan pakatan?) Runding dulu tengok persetujuan bagaimana,” katanya lagi – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s