Bomba Hantar Air Ke Hospital, Hanya Di Selangor

KUALA LUMPUR: Pasukan bomba Selangor menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air, sejak pagi tadi.

Lima jentera, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi; Pelabuhan Klang; Serdang; Sungai Buloh dan Selayang itu mula menghantar bekalan air yang dibekalkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ke hospital itu sejak jam dua petang, tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, lima jentera itu secara bergilir-gilir membuat penghantaran air ke HS bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan domestik dan perubatan tidak terputus terus.

“Pada waktu siang, kita menggunakan dua jentera tangki air, dan pada sebelah malam, kita menambah kapasiti kepada lima jentera.

“Dua jentera berkapasiti 10,000 liter air dan tiga jentera berkapasiti 20,000 liter air akan terus berulang alik menghantar bekalan ke HS sehinggalah bekalan air pulih kembali,” katanya, tadi.

Sementara itu, SYABAS dalam satu kenyataan medianya hari ini, memberitahu loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 bermula jam 10 pagi tadi akibat pencemaran bau.

Ia susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih yang dikesan berlaku lagi pada jam 11 malam, semalam. Antara daerah yang mengalami gangguan bekalan air adalah daerah Hulu Langat meliputi Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching; daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Teluk Panglima Garang.

Turut mengalami gangguan bekalan air adalah daerah Petaling termasuk kawasan di USJ 1 – 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang dan daerah Sepang meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, bantuan air kecemasan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

“Pengguna diminta supaya mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi pintar “mySYABAS” dan http://www.syabas.com.my dan mereka boleh menghantar alamat premis menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air kecemasan,” katanya – BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s