Lajim Minta Pakatan Harapan & PPBM Tidak Bertanding Di Sabah

lajimAIDCNews – 05/10/16 – Bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin meminta semua parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan PAN serta sekutunya PPBM tidak bertanding di Sabah untuk memberi laluan kepada parti-parti tempatan berdepan dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru atau empat penjuru, maka agak malang lah bagi Pakatan Harapan (PH) dan kami semua. Kerana asalnya kita mahu menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Jadi itu agak malang. Tapi kalau mereka inginkan menawan Putrajaya, maka mereka harus mendengar kehendak rakyat Sabah.

“Maknanya dalam Pilihan Raya Umum PKR, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), DAP dan Amanah tidak meletakkan calon di Sabah. Kita mahu supaya kita menjadi komponen. Itu cadangan kita tapi itu bukan keputusan muktamad, kena dibincangkan di kalangan pimpinan peringkat negeri Sabah,” katanya kepada Antarapos.

Menurutnya, sepanjang menerajui PKR negeri, beliau menghadapi masalah untuk menyakinkan pengundi bahawa PKR bukan parti Semenanjung, walaupun PKR Sabah telah diberi kuasa autonomi.

“Ada yang kata, kami (PKR) kami juga memperjuangkan autonomi Sabah dan sebagainya. Tetapi bila kita kembali ke Sabah dan jumpa dengan rakyat, kita dapat maklum balas daripada pelbagai golongan, nampaknya mereka (rakyat) tidak boleh terima.

“Mereka mahu pemimpin Sabah bersatu dan bekerja untuk pastikan bahawa pemimpin dan rakyat Sabah yang menentukan masa depan mereka,” katanya.

Semalam, RoketKona mendedahkan punca sebenar Lajim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri dan mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR pusat di Kuala Lumpur.

“Malah Lajim itu turut didakwa kurang berpuas hati dengan sikap kepimpinan tertinggi PKR yang gagal menunaikan janji sehingga memaksanya menjual beberapa bidang tanah peribadi bagi menampung perbelanjaan PKR Sabah,” dedahnya.

Advertisements

One thought on “Lajim Minta Pakatan Harapan & PPBM Tidak Bertanding Di Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s