1MDB: Mahkamah Putuskan Nasib Rafizi 14 Nov Ini

rafKUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen di sini menetapkan 14 November depan untuk keputusan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli bagi dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas mendengar keterangan Mohd Rafizi yang merupkan saksi tunggal pihak pembelaan pada Khamis.

Mahkamah juga menetapkan 21 Oktober ini untuk pihak pembelaan mengemukakan hujahan bertulis dan 31 Oktober untuk pihak pendakwaan membalas hujahan tersebut.

Terdahulu, Mohd Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR memberi keterangan daripada kandang tertuduh.

Katanya beliau tidak bersalah atas dua tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu dan memohon agar dia dilepas dan dibebaskan.

Mohd Rafizi berkata ia berikutan perkara asas dalam pertuduhan terhadapnya iaitu halaman 98 laporan 1MDB tidak dikemukakan dalam perbicaraan.

“Dengan tiadanya halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan, saya diprejudiskan dengan amat sangat kerana tidak boleh merujuk kepada dokumen itu dalam pembelaan saya sepanjang perbicaraan ini.

“Saya tidak pernah memiliki halaman lengkap muka surat 98 Laporan Pengauditan 1MDB pada bila-bila masa seperti dinyatakan dalam pertuduhan terhadap saya.

“Oleh itu, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak bersalah untuk kedua-dua kesalahan yang saya hadapi dalam perbicaraan ini,” katanya.

Gobind kemudian memohon mahkamah untuk memanggil semula saksi pendakwaan pertama kes itu iaitu Timbalan Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad @ Mat.

Ketika pemeriksaan balas oleh Gobind, Nor Salwani, 49, bersetuju bahawa dokumen yang bertanda ‘P13’ yang merupakan bahan bukti dalam kes itu adalah sebahagian daripada halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB.

Saksi itu turut bersetuju bahawa ada beberapa perenggan dalam halaman 98 yang tidak terkandung pada halaman terakhir ‘P13’ tersebut.

Ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd Saad, Nor Salwani berkata setelah menyemak ‘P13’ beliau bersetuju ia adalah sebahagian dari halaman 98 laporan 1MDB yang asal.

Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s