PAN Mengesahkan Lagi Mereka ‘Talibarut’ DAP

Kenyataan akhbar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, di dalam Berita Harian yang menolak usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali dengan Akta 355, mengesahkan lagi peranan parti itu sebagai ‘tali barut’ DAP.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menilai alasan-alasan yang diberikan, yang kesemuanya dangkal semata-mata hanya untuk memuaskan hati ‘tuan’ politik mereka.

Pakar-pakar perundangan telah menjelaskan dengan panjang lebar, bahawa usul meminda Akta 355 tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, malah memperkukuhkan semangat federalisme kerana memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri.

PPP melihat Pengarah Komunikasi PAN tersebut hanya mereka-reka alasan dengan menyatakan pindaan itu akan menggugat perpaduan negara kerana dikatakan tidak selari dengan perlembagaan.

Selain daripada itu, alasan yang dikemukakan beliau bahawa pindaan itu hanya akan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan hukum Taazir sebagai cadangan yang kurang bijak, secara jelas menunjukkan beliaulah yang jahil tentang ruh Perundangan Syariah.

Biarkan Hukum Taazir adalah hukuman yang ditentukan oleh pemerintah, tetapi penggubalan undang-undang berkaitan Hukum Taazir tidak terlepas daripada ruh Perundangan Syariah dan peranan fatwa.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal juga apabila beliau memfokuskan usaha untuk mengangkat Mahkamah Syariah hanya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran Mahkamah Syariah, dan pada masa yang sama menolak cadangan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

Usaha meningkatkan kecekapan itu adalah selari dengan cadangan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah, malah PPP dimaklumkan perkara yang berkaitan dengan kecekapan itu telahpun dan sedang diusahakan oleh JAKIM sejak empat tahun lalu.

Jelas sekali, PAN sedang mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 ke arah memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut yang turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolakkan.

Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai ‘talibarut’ kepada pihak-pihak yang anti Perundangan Syariah.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
6 Oktober 2016
5 Muharram 1438

Advertisements

One thought on “PAN Mengesahkan Lagi Mereka ‘Talibarut’ DAP

  1. Bolehkah kita anggap umat islam yang sokong DAP sebagai munafik kerana menentang ugama sendiri? Pendirian DAP jelas menolak hukum islam 100% tanpa kompromi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s