Peniaga Nasi Lemak Anak Dara Cerita Pengalaman Berlakon Depan Azmin

siti-hajarAIDCNews – 06/10/16 – Peniaga Nasi Lemak Anak Dara menceritakan pengalamannya ‘berlakon’ ketika dikunjungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke gerai jualannya, Jumaat lalu..

Siti Hajjar Ahmad, 24, berkata tokoh politik itu datang tidak kena pada masa di kala dirinya sibuk di dapur menyiapkan ratusan bungkus nasi lemak yang sudah ditempah.

“Tidak mahu turun [jumpa Azmin] sebenarnya sebab masa itu ada tempahan untuk masjid. Masa itu pun [saya] tidur sejam saja. Beliau datang sekejap tetapi tunggu yang lama.

“Mereka suruh datang ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebab menteri besar hendak turun sana. Saya kata tidak boleh, masa itu banyak tempahan. Masa itu lebih 300 bungkus.

“Masa itu memang duduk di dapur saja. Saya kata tidak boleh, sibuk. Mereka kata sekejap saja, menteri besar hendak jumpa,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Tambahnya, dia terpaksa menggayakan memberi Azmin bungkusan nasi lemak yang kosong.

Menteri besar berkunjung setelah muncul berita Hajjar mendapat kompaun RM300 daripada MBSA kerana berniaga tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu dilaporkan mengambil tindakan tidak lama selepas Nasi Lemak Anak Dara muncul sensasi di media sosial.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s