Dr Fauziah Yang Ditahan Israel Dibebaskan

KUALA LUMPUR- Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla (Bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Israel.

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s