Pembangkang Makin Lemah Di Sabah -Stephen Wong

DAP Sabah : Chan Foong Hin (dua dari kiri), Stephen Wong dan Jimmy Wong

AIDCNews – 07/10/16 –Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong  mengakui tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Likas, Junz Wong mengisytiharkan keluar parti bersama beberapa pemimpin lain telah melemahkan kedudukan pembangkang di negeri itu.

“Kalau tujuan dia (Junz) keluar parti untuk melawan Barisan Nasional (BN), dia sepatutnya tarik ahli BN dan bukan bawa lari ahli DAP.

“Tindakannya merosakkan DAP Sabah dan ini kami tidak boleh terima.

“Dia sepatutnya bersyukur berada dalam DAP dan memenangi kerusi Likas atas tiket DAP. Sekarang, dia keluar rumah (parti) kononnya untuk menyertai parti tempatan tetapi belum tahu masuk rumah mana,” katanya pada sidang media DAP Sabah, pada Selasa.

Dalam sidang media itu, Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan turut mengumumkan perlantikan baharu iaitu ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin sebagai Setiausaha DAP negeri yang baharu bagi menggantikan Junz Wong  dan ADUN Kapayan, Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu bagi menggantikan Joan Goh

Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun, mengisytiharkan keluar parti.

Junz turut mengumumkan pemimpin-pemimpin DAP yang sealiran dengannya, iaitu Joan Goh  (Timbalan Pengerusi DAP Sabah),  George Hiew (Naib Pengerusi DAP Sabah), David Williams (bendahari DAP Sabah ),  Charles Magadap (Timbalan Setiausaha Publisiti), Nicholas Chak (pengarah pendidikan politik ), Daniel Kalinggang (Timbalan Setiausaha Organisasi) dan Francis Daniel (ahli jawatankuasa negeri) turut keluar parti.

AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan DAP Sabah mengalami krisis dalaman yang teruk ekoran perpecahan dua kumpulan dalam parti itu.

Satu kumpulan diketuai oleh Jimmy Wong dan satu kumpulan lagi diketuai Junz Wong.

Dari kiri, Jimmy Wong, Edwin Bosi dan Chan Foong Hin
Dari kiri, Jimmy Wong, Edwin Bosi dan Chan Foong Hin

Krisis dalaman DAP Sabah sangat kritikal pada pemilihan parti peringkat negeri pada November tahun lepas, apabila Jimmy (ketika itu Pengerusi DAP Sabah) bersama dua orang kuatnya, Dr Edwin Bosi (Setiausaha DAP negeri) dan Chan Foong Hin (Naib Pengerusi DAP Sabah) disabotaj daripada terus memimpin DAP negeri.

Dalang sabotaj itu ialah Junz yang telah mengangkat Stephen sebagai Pengerusi DAP Sabah yang baharu bagi menggantikan Jimmy.

Junz pula memegang jawatan Setiausaha DAP negeri dan melantik orang-orangnya memegang jawatan-jawatan penting dalam kepimpinan DAP Sabah, termasuk jawatan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari.

Rampasan kuasa yang tidak bermoral dilakukan Junz itu menyebabkan Jimmy, Bosi dan Chan menolak sebarang jawatankuasa lantikan.

Junz berusaha menyingkirkan orang-orang Jimmy terus kekal dalam DAP Sabah. Akibat kemelut dalaman yang makin meruncing itu memaksa Junz dan orang-orangnya keluar parti.

Dengan itu Jimmy dan orang-orangnya kembali menerima jawatankuasa lantikan dalam DAP Sabah.

Selanjutnya, sila baca “ADUN DAP Sabah Nafi Keluar Parti, Pertikai Motif Sebar Khabar Angin

2 thoughts on “Pembangkang Makin Lemah Di Sabah -Stephen Wong

  1. Katakan lah orang Sabah dan Serawak memang committed hanya mahukan parti tempatan,maka DAP dan PKR confirm kehilangan peluang utk meraih kerusi di sana.Tapi tidak bagi Umno dan BN mereka boleh terus bertanding dan sudah pasti bukan semua kerusi akan di menagi oleh Pemabngakang(paarti local),terutamanya di Serawak wakil BN memang parti local yg mempunyai kekuatan.

    Kalau di Semenanjung pula Pas tetap tidak bersama DAP dan sekutu DAP,pertandingan akan menjadi 3 penjuru,bolehkan dalam keadaan ini Pembangkang memenangi PRU?.Sukar sekali.Malangnya ada kumpulan katak yg sedang kehausan kerana kekurangan ‘air’ sedang mencari-cari alasan utk melompat dgn di ketuai oleh Ketua Katak dulu di kenali dengan ‘6 kotak’ yg sudah pun memulakan lompatan.Apa yg akan terjadi?.Sudah tentu lah ianya merupakan lompatan terakhir sebelum terburai leper ,terlagar hanya oleh motor kapcai dalam perjalanannya mengeajr selopak air utk bergembira.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s