Tun M Akui Agong Tolak Deklarasi Rakyat Guling PM

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah tidak bersetuju dengan cadangan Deklarasi Rakyat ciptaan beliau.

Deklarasi aneh tersebut dipersembahkan terus kepada Seri Paduka Baginda dalam pertemuan dengan bekas perdana menteri itu ketika menghadap di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 16 September lalu.

Dalam pertemuan selama 70 minit tersebut bagaimanapun menurut Mahathir, Tuanku Abdul Halim bertitah sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah tidak melanggari Perlembangan Persekutuan.

“Saya tidak boleh menjelaskan secara satu persatu apa yang disebut oleh Tuanku, tetapi apa yang kita mahu tidak boleh dilaksanakan. Dukacitanya hasil pertemuan dengan Tuanku tidak membawa apa-apa keputusan positif.

“Semasa pertemuan itu, Yang di-Pertuan Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan. Namun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan beliau,” kata Mahathir.

Beliau kemudian mendakwa: “Saya tidak bawalah 1.2 juta tandatangan itu, hanya bawa sampel (deklarasi) dan gambar semua deklarasi yang diterima. Kita tak boleh hendak tunjukkan semua termasuk yang di dalam talian.”

Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Khamis.

Lantaran itu, beliau berkata pihak penganjur deklarasi pelik tersebut akan menggunakan Majlis Raja-Raja pula bagi meneruskan usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah menghantar surat kepada semua Raja-Raja di seluruh negara, kerana difahamkan mereka akan mengadakan mesyuarat pada 11 Oktober ini dan berharap mereka mahu melayan surat kita.

“Kita akan tunggu apa reaksi mereka sehingga mereka membuat keputusan, kemudian baru kita fikir apa yang perlu kita buat untuk teruskan usaha untuk singkirkan kerajaan Najib,” katanya penuh yakin.

Untuk rekod, Mahathir semasa 22 tahun pentadbiran pernah bertanggungjawab menghapuskan kuasa kekebalan Raja-Raja Melayu untuk baginda didakwa atas kesalahan jenayah di sebuah mahkamah khas.

Beliau juga tergamak memansuhkan terma perkenan Yang di-Pertuan Agong sekali gus membolehkan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan majoriti ahli Parlimen dapat diwartakan selepas tempoh tertentu.

Pertemuan Mahathir dan Tuanku Abdul Halim turut ditemani bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan pegawai khas Mahathir sendiri, Sufi Yusof.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 21 September berkata, Seri Paduka Baginda sudah menjelaskan kepada Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan PPBM.

Najib berkata Tuanku Abdul Halim menegur Mahathir kerana deklarasi itu tidak ikut perlembagaan malah sebarang tindakan mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s