Tutup Ruang Kerjasama Dengan DAP & Sekutu Adalah Hasrat Akar Umbi PAS

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasruddin bin Hassan berhubung kerjasama PAS dengan parti-parti yang lain di dalam pilihanraya umum yang akan datang merupakan satu kenyataan yang menggambarkan hasrat akar umbi PAS khususnya selepas Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2015.

Di dalam kenyataan tersebut, Ustaz Nasruddin menyatakan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.

2. Adalah diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang telah melanggar prinsip kerjasama di dalam Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui menjelang pilihanraya umum 13 yang lepas.

Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ketiga-tiga pimpinan parti PAS, DAP dan PKR masing-masing telah bersetuju untuk berpegang kepada prinsip ‘agree to disagree’ di dalam isu prinsip dan dasar parti masing-masing.

Manakala di dalam isu untuk menegakkan keadilan ekonomi dan memastikan negara yang bakal dibentuk merupakan negara yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan, ketiga-tiga parti ini bersepakat untuk menggerakkan kebangkitan rakyat kea rah memastikan hasrat ini tercapai.

3. Namun, situasi berubah dengan mendadak selepas pilihanraya umum ketiga belas yang lepas. DAP mula mengeluarkan pelbagai kenyataan berbentuk provokasi terhadap pimpinan PAS khususnya YB Tuan Guru Dato Seri Presiden.

Kronologi yang bermula dengan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak sehinggalah kepada pengisytiharan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah kemuncak provokasi yang membawa kepada usul daripada Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP di dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun lepas.

4. DAP dalam situasi hari ini adalah parti yang berbeza berbanding DAP yang pernah menjalinkan hubungan dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum yang lepas.

Jika sebelum ini, DAP lah yang berperanan untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua agar tidak bimbang dengan agenda hudud kerana ia sama sekali tidak melibatkan kaum bukan Islam.

Namun pada hari ini, DAP lah yang berada di barisan hadapan untuk membantah Rang Undang-undang untuk meminda Akta 355 yang hanya bertujuan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah.

DAP hari ini telah mula membuktikan dengan jelas bahawa ia merupakan sebuah parti yang sangat anti kepada usaha untuk memerkasakan undang-undang syariah di negeri ini.

5. Justeru, DPPM menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat berhubungan penegasan bahawa tiada kerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam hal ini, kita mengajak seluruh masyarakat Malaysia termasuk kaum Cina untuk turut bersama-sama menolak parti yang tidak berprinsip seperti DAP.

Sekian.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tolak DAP, Jika Mahu Bersama PAS – Ustaz Nasrudin

One thought on “Tutup Ruang Kerjasama Dengan DAP & Sekutu Adalah Hasrat Akar Umbi PAS

  1. Sekurang-kurang nya PAS sudah terlepas dari bersubahat dgn penentang tegar Islam dan pengamal faham liberal yg memushi peraturan Islam yg di lebelkan sebagai menyekat HR oleh mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s