Bekalan Air Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling Mula Dicatu

amin-lin-abdullahAIDCNews – 08/10/16 –Bekalan air untuk empat daerah, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mula dicatu sehingga ke tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata catuan bekalan air di empat daerah itu bermula pada 4 Oktober akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Keempat daerah itu dibahagikan mengikut zon iaitu zon 1 dan zon 2 dan bekalan air dibuka dan ditutup secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan.

“Penjadualan ini diguna pakai sejak penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih pada 4 Oktober akibat pencemaran bau air mentah.

“Langkah sementara ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh berpanjangan,” kata Amin dalam satu kenyataan.

Sila rujuk senarai zon yang dilampirkan (klik di sini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s